Apr 21, 2021

RAIKAN HARI RAYA AIDILFITRI DENGAN KEUNIKAN WARISAN BUDAYA SERTA TEMASYA TRADISIONAL DI PAVILION REIT MALLS

KUALA LUMPUR, 21 APRIL 2021 - Nikmati perayaan budaya, tradisi dan sajian warisan turun-temurun sempena Hari Raya Aidilfitri di Pavilion REIT Malls. Serlahkan suasana dengan hiasan yang mengagumkan, pelbagai juadah tradisional dan sudah pastinya membeli-belah sempena musim perayaan! Alami suasana perayaan dengan sambutan ‘Riang Riuh Raya’ di Pavilion Kuala Lumpur, selami keindahan wau tradisional Malaysia di Intermark Mall dengan ‘Wau Raya’ dan raikan AidilFitri bersama-sama di ‘Muhibbah Mesra Raya’ Da Men USJ!

“Warga Malaysia mengunjungi pusat membeli-belah pada musim perayaan untuk menikmati hiasan yang indah, menyemarakkan suasana perayaan di samping memanjakan diri dengan menikmati pelbagai hidangan dan membeli-belah. Apabila Pavilion REIT Malls terus melaksanakan kempen perayaan untuk menggembirakan pengunjung, kami berharap agar perayaan Hari Raya kami juga akan mewujudkan penghargaan, optimisme dan positiviti dengan menyerlahkan warisan budaya kita yang kaya. Saya ucapkan kepada semua warga Muslim ‘Selamat Berpuasa’ dan ‘Selamat Hari Raya’ - semoga bulan mulia yang penuh kemaafan ini membawa ketenangan dan menyinari hidup anda dengan kebahagiaan”, kata Dato’ Joyce Yap, Ketua Pegawai Eksekutif Peruncitan, Pavilion REIT Malls.

PAVILION KUALA LUMPUR


Destinasi membeli-belah utama di Malaysia, mempersembahkan 'Riang Riuh Raya', satu perayaan warisan, budaya dan tradisi Malaysia. Hiasan pusat membeli-belah ini diinspirasikan oleh motif bunga dan warna reka bentuk mosaik yang terang. Centre Court mempersembahkan sebuah taman perayaan yang meriah dengan pelbagai bunga yang menguntum dan lampu tradisional. Di bahagian atas, kain berwarna terang dan lampu berkerlipan menyemarakkan semangat dan warna melalui oda kepada kraf dan warisan Malaysia.

Pavilion KL dengan bangganya bekerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna bagi menyokong kempen ‘Beli Barangan Malaysia’ Kementerian dengan menyediakan ‘Malaysian Marketplace’ yang indah di Centre Court untuk para usahawan Malaysia menjual produk-produk mereka.

Pada majlis pelancaran yang diadakan kelmarin, Dato Sri Alexander Nanta Linggi, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, dengan rasminya melancarkan 'Riang Riuh Raya' dan ‘Malaysian Marketplace’ bersama dengan Datuk Abdul Wahab Khalil, Penasihat KLP Sdn Bhd. Turut hadir di majlis pelancaran tersebut ialah Dato' Rosol bin Wahid, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Haji Hasnol Zam Zam bin Haji Ahmad dan Dr. Alauddin bin Sidal, Ketua Setiausaha dan Timbalan Setiausaha Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna.

Semasa beliau berkunjung ke ‘Malaysian Markteplace’, Dato Sri Alexander Nanta Linggi telah dipersembahkan dengan pelbagai barangan yang ditawarkan - termasuk batik bergaya, sajian Raya yang enak, kraftangan yang indah dan produk buatan tempatan di gerai milik Arfa Batik, Masterpiece by Masrina Abdullah & Batek by Rasta, Zaahara, Asma Batik, Little Fanna, Borneo Essential, Jeiwa, Swag, Myziff, Yusa Food, Dalucia, dan Hana Medic.

Sebagai sebahagian daripada Riang Riuh Raya, nantikan kemunculan gerai timbul oleh Spritzer The Original Rainforest Water di Main Entrance. Mulai hari ini hingga 23 Mei, Spritzer akan mendidik pembeli mengenai pentingnya mengitar semula dan memelihara hutan hujan serta sumber air yang asli di Malaysia. Pembeli juga boleh menebus Spritzer Natural Mineral Water dan Acilis oleh Spritzer secara percuma, dan mengitar semula botol yang telah habis digunakan di mesin kitar semula mereka. Bagi memperingati ‘Earth Day’ pada 22 April, pembeli dapat melihat inisiatif kelestarian Spritzer di gerai mereka.

Dapatkan ganjaran semasa anda membeli-belah pada musim perayaan Hari Raya ini! Bagi perbelanjaan minimum RM150 atau RM100 menggunakan Kad Kredit atau Caj Maybank, pembeli akan menerima Paket Raya Eksklusif Pavilion KL secara percuma. Baucar RM20 diberikan secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM250; baucar RM50 boleh dimiliki dengan perbelanjaan minimum RM1,000; dan baucar RM300 akan diberikan kepada pembeli yang membelanjakan RM3,000 dalam satu resit di kedai barangan atau restoran. Oleh kerana Maybank adalah rakan perbankan rasmi Pavilion KL, pemegang kad akan menerima Solecasa Teapot secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM500 atau Kaserol Berpenutup Corningware (1.25L) secara percuma dengan perbelanjaan minimum RM800 dalam satu resit di kedai barangan dan kedai makanan dan minuman.

Intermark Mall


Selami keindahan salah satu simbol kebangsaan Malaysia - wau, sejenis layang-layang Malaysia dengan rekaan kompleks di Intermark Mall. Sebati dengan tradisi Malaysia yang kaya, warisan budaya serta karya agung yang mengagumkan, anda pasti akan berkata ‘wau’ di 'Wau Raya' bermula dari sekarang hingga 23 Mei.

Intermark Mall berkolaborasi dengan pembuat wau yang memenangi anugerah, Razi Said untuk mempamerkan karya seni beliau. Pameran mengagumkan yang jarang dilihat ini menyerlahkan warisan serta tradisi wau yang kaya. Ketahui minat yang mendalam Razi mengenai wau serta ciptaan beliau yang berwarna-warni, dihidupkan dengan pelbagai corak bunga yang rumit yang memerlukannya kira-kira 3,200 jam untuk disiapkan. Razi juga akan mengadakan demonstrasi membuat wau setiap hari Sabtu, jam 2 petang dari 24 April hingga 15 Mei untuk pengunjung mengetahui lebih lanjut mengenai seni kuno Malaysia ini.

Dapatkan semua sajian Raya kegemaran anda di ‘Raya Delectables Fair’ oleh Jaya Grocer, yang dianjurkan di Concourse Floor dari 19 April hingga 23 Mei. Daripada sajian perayaan, hamper, buah kurma dan coklat yang diimport, para pembeli boleh mendapatkan kesemua makanan ringan kegemaran mereka tepat pada waktunya untuk dijadikan hadiah Hari Raya!

Pembeli yang membelanjakan RM500 ke atas dalam dua resit terkumpul boleh menebus sebuah hadiah Pyrex, baucar tunai untuk makanan bernilai RM50 dan satu set paket Hari Raya eksklusif Intermark Mall. Pembeli yang membelanjakan RM300 ke atas dalam dua resit yang digabungkan di seluruh pusat membeli-belah ini boleh membeli sehelai tudung Bacarat dengan harga RM50 (harga biasa RM139). Mereka yang membelanjakan RM200 ke atas dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah ini dari 3 Mei hingga 9 Mei boleh menebus baucar tunai RM10 Grandmama secara percuma.

Da Men USJ


Da Men USJ meraikan ‘Muhibbah Mesra Raya’, satu perayaan yang tidak dapat dilupakan dengan hiasan yang diinspirasikan oleh keindahan seni anyaman tradisional Malaysia, yang melambangkan keindahan serta keakraban masyarakat pelbagai budaya kita.

Untuk keperluan Raya, para pembeli boleh menuju ke Muhibbah Mesra Market yang dianjurkan oleh Da Men, terletak di Lower Ground Floor. Ia dilengkapi pelbagai hiasan, kraftangan, kuih muih, serta makanan ringan yang lazat. Jangan lupa berhenti seketika untuk menikmati muzik dan dendangan lagu-lagu perayaan daripada seniman jalanan pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad dari jam 12pm - 3pm dan 4pm - 7pm!

Dengan perbelanjaan minimum RM180 dalam maksimum dua resit gabungan di seluruh pusat membeli-belah, pembeli berpeluang memenangi kraftangan anyaman eksklusif, barang dagangan dan baucar tunai dalam Lucky Pick Contest*. Pembeli juga boleh membeli sebuah ‘Slow Cooker’ Keluli Tahan Karat berjenama Faber pada harga RM70 (harga biasa RM109), Jag Cerek Elektrik berjenama Faber pada harga RM90 (harga biasa RM169) atau Penyembur Pembasmi Kuman Tangan berjenama Nextgen pada harga RM1 (harga biasa RM19.90) dengan perbelanjaan minimum RM80 dalam satu resit di seluruh pusat membeli-belah.

1,000 pembeli terawal juga berpeluang mencuba sesi foto budaya Turki yang unik. Dengan perbelanjaan minimum RM180 di seluruh pusat membeli-belah, pembeli akan mendapat sesi foto 15 minit secara percuma dalam pakaian tradisional Turki di Blue Eyes, bersama dengan diskaun RM20 dengan sebarang RM100 yang dibelanjakan di dalam kedai.

*Maksimum dua pilihan bagi setiap pembeli setiap hari. Perbelanjaan minimum di Jaya Grocer adalah RM280.

###

Tentang Pavilion REIT Mall
Pavilion Real Estate Investment Trust (Pavilion REIT) merupakan satu daripada REIT tertumpu yang terbesar di Malaysia. Aset-Asetnya termasuk Pavilion Kuala Lumpur, Intermark Mall dan Da Men Mall.

Tentang Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion Kuala Lumpur merupakan sebuah pembangunan urban yang terletak di tengah-tengah daerah beli-belah Bukit Bintang yang telah pun memenangi anugerah bertaraf dunia. Ia mempertemukan sisi terbaik dunia jualan runcit tempatan dan global dengan lebih daripada 700 kedai di dalam empat kelompok tema berbeza. Menarik lebih 30 juta pengunjung setiap tahun, pusat beli-belah mewah ini menjadi tumpuan beli-belah bebas cukai dan sekaligus pusat fesyen, makanan serta santai urban yang utama. Ia terletak hanya tiga minit berjalan kaki ke stesen MRT Bukit Bintang. Layari www.pavilion-kl.com untuk kemaskini tawaran, gaya semasa dan acara.

Tentang Da Men Mall
Da Men Mall merupakan pembangunan campuran antara komersial dan kediaman, yang turut termasuk apartment perkhidmatan dan lot runcit. Gerbang bagi keperluan membeli-belah, makanan dan keseronokan ini dijangka akan mengubah dinamik pusat beli-belah di Subang Jaya dan kawasan sekitarnya melalui pendekatan segar dan inovatif yang ditampilkan. Pusat beli-belah berkenaan terletak di USJ, dan dikelilingi oleh populasi penduduk berjumlah dua juta orang termasuk di Puchong, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang.

Tentang Intermark Mall
Berada pusat bandaraya Kuala Lumpur, Intermark Mall mengetengahkan pengalaman unik gaya hidup bagi beli-belah, makanan dan bersantai, di mana kehidupan dan rekreasi bertemu. Dengan enam tingkat kedai jualan runcit serta 50 peniaga, pusat beli-belah ini menawaran pilihan yang luas untuk memenuhi keperluan warga kota. Antara servis yang disediakan termasuk ruang parkir khas, keistimewaan eksklusif pelancong dan khidmat pelanggan kelas pertama bagi menampung keperluan pengunjung. Sebagai destinasi yang mengutamakan perkhidmatan, Intermark Mall terhubung terus dengan hotel lima-bintang DoubleTree by Hilton dan ruang pejabat gred A di Menara Vista dan Integra.

Bagi pertanyaan media, sila hubungi:
Victoria Brown, Mutant Communications at +601 7606 5662 or victoria@mutant.com.my
Marissa Gross, Mutant Communications at +6017 729 1975 or marissa@mutant.com.my
Syiqin Rusli, Mutant Communications at +6014 717 3727 or syiqinrusli@mutant.com.my

Lara Rowena, Perhubungan Awam at +603 2118 8230 (ext. 230) or lararowena@pavilion-kl.com
Jessica Poon, Perhubungan Awam at +603 2118 8230 (ext. 229) or jessicapoon@pavilion-kl.com

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use