Apr 22, 2021

INFAQ COVID-19: AMANAH ANDA KAMI LAKSANAKAN, Perdana Kuala Lumpur City Centre Sumbang Makanan

KUALA LUMPUR Perdana Kuala Lumpur City Centre tampil dengan inisiatif sumbangan makanan bagi membantu mereka yang terkesan melalui INFAQ COVID-19, AMANAH ANDA KAMI LAKSANAKAN berikutan pandemik COVID-19 yang melanda negara yang memberi kesan dan impak yang besar terhadap semua lapisan masyarakat khususnya kepada mereka yang kurang berkemampuan.

Seramai 150 orang Asli suku Temuan dari Kampung Orang Asli Kemensah akan menerima sumbangan makanan melalui inisiatif yang dirangka oleh pihak Hotel.

Menurut Pengurus Hotel, En Zakaria Ismail beliau berkata bahawa misi utama program INFAQ COVID-19 ini adalah untuk mengumpulkan dana melalui sumbangan ikhlas dari orang ramai. Melalui sumbangan serendah RM10.00, pihak petugas Perdana Kuala Lumpur City Centre akan menyediakan pek makanan untuk diagihkan kepada Rumah Kebajikan, Rumah Anak-Anak Yatim, Rumah Orang-Orang Tua dan mereka yang memerlukan.

Tambahnya lagi, sejak inisiatif ini dijalankan bermula pada Februari 2021, sambutan yang diberikan terhadap program ini amatlah positif dan pihak Hotel masih mengalu-alukan sumbangan ikhlas orang ramai dalam meneruskan usaha murni ini.

Kepada anda yang ingin menyalurkan sumbangan, pembayaran boleh dibuat di akaun: 5649 – 3100 – 1595 (Maybank Islamic), Bold Hotel & Residences KL Sdn Bhd dan kemudiannya WhatsApp kepada nombor yang tertera iaitu 012- 358 1320 / 012- 365 2476 / 012 – 308 6191 / 013 – 676 6064 dan hantarkan bukti transaksi dengan kata rujukan “INFAQ COVID-19”.

Dibuka pada Jun 2000, Perdana Kuala Lumpur City Centre, yang mempunyai 338 bilik ini dimiliki sepenuhnya oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan diuruskan oleh Attana Hotels & Resorts.

Perdana Kuala Lumpur City Centre (dahulunya dikenali sebagai PNB Perdana Hotel & Suites On The Park Kuala Lumpur) terletak berhampiran Menara Berkembar Petronas dan jalan utama di bandaraya Kuala Lumpur, menawarkan pilihan penginapan sesuai bagi ahli perniagaan dan juga yang berkeluarga.

Layari perdana.attanahotels.com untuk maklumat lanjut.

HUBUNGI KAMI :

Jabatan Komunikasi dan Pemasaran
Nor Saliha Bte Azmi
Nur Sakinah Nabilah Bte Mohd Nor

Tel

: 03-7490 3333

Faks

: 03- 7490 3399

Emel

: norsaliha.a@attanahotels.com

: nursakinah.n@attanahotels.com

PERDANA KUALA LUMPUR CITY CENTRE
(formerly known as PNB Perdana Hotel & Suites On The Park)
Jabatan Komunikasi dan Pemasaran
No. 10 Jalan Binjai, 50450 Kuala Lumpur, Malaysia
T : 603 - 7490 3333 F : 603 - 7490 3399
Website : perdana.attanahotels.com

TAMAT

Copyright © 2024 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use