Work With Us

PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)

PENTADBIRAN DAN SOKONGAN (N)

RM1,352.00 (Minimum)

TETAP

2021-05-25

IBU PEJABAT, TOURISM MALAYSIA, PUTRAJAYA

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:


1. JAWATAN : PEMBANTU SETIAUSAHA PEJABAT (GRED N19)

TARAF JAWATAN : TETAP

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Pentadbiran dan Sokongan (N)

SKIM PERKHIDMATAN : Pembantu Setiausaha Pejabat

KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pelaksana

PENEMPATAN : Ibu Pejabat Tourism Malaysia

GAJI MINIMUM

GAJI MAKSIMUM

KADAR KENAIKAN GAJI TAHUNAN

RM1,352.00

RM4,003.00

RM100.00

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM : RM115.00 sebulan

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM300.00 sebulan

BANTUAN IMBUHAN SARA HIDUP : RM350.00 sebulan


2. SYARAT LANTIKAN


Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a. Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. (i) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,352.00); atau

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,408.40); atau

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N19 : RM1,464.80)

d. Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik tempatan atau Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada institute pengajian tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab:

a) Memastikan urusan harian di pejabat pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) berjalan lancar dan memberi perkhidmatan kesetiausahaan seperti menaip, menyediakan surat-menyurat, laporan dan pengurusan fail; dan

b) Memastikan semua keperluan rasmi pegawai Kumpulan Pengurusan Tertinggi/ pegawai Kumpulan Pengurusan dan Profesional (yang memenuhi kelayakan) dikendalikan secara cekap dan berkualiti tinggi serta mengawal selia jadual kerja supaya teratur.

c) Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian dan perisian komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft Powerpoint dengan baik.

5. ARAHAN DAN CARA MEMOHON

(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan borang permohonan yang boleh didapati melalui link berikut :

https://www.tourism.gov.my/pdf/uploads/borang.pdf

(ii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut atas sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iii) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Pengurusan)

(iv) Bagi calon dalaman, pemohon dikehendaki mengemukakan ulasan Pegawai Penyelia (berdasarkan LNPT) dengan sokongan Pengarah Bahagian berdasarkan format yang diberikan.Ulasan & sokongan ini hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat berukuran 4½ x 9¾ (sampul surat tidak bertingkap) dan dikepil menggunakan dawai kokot (stapler) di borang permohonan.

Sampul surat hendaklah ditulis ULASAN & SOKONGAN. Markah Nilaian Prestasi tidak perlu dikemukakan.

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan.Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini.Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

(d) Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan jabatan/agensi Kerajaan perlu menghantar permohonan melalui ketua jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’ iaitu mengemukakan salinan terkini Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun.

(e) Bagi pemegang Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web https://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 25 Mei 2021 (Selasa) sebelum jam 5.30 petang.

6. CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut :

(i) Puan Adibah Mohd Basri- 03-8891 8962

(ii) Cik Siti Salwah Othman- 03-8891 8908

(iii) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


******SEKIAN, TERIMA KASIH ******

Copyright ©2021 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use