Work With Us

PENOLONG PENGARAH (GRED E41) - PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

PERKHIDMATAN EKONOMI (E)

RM100.00 SEHARI BEKERJA

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

2020-12-07

IBU PEJABAT, TOURISM MALAYSIA, PUTRAJAYA

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa dalam kalangan warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:


1. JAWATAN : PENOLONG PENGARAH (GRED E41)

TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

PENEMPATAN : Bahagian Promosi Antarabangasa, Ibu Pejabat Tourism Malaysia

KADAR UPAH : RM 100.00 (Ringgit Malaysia: Satu Ratus Sahaja) sehari bekerja


2. SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a.Warganegara Malaysia;

b. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c. i. Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

ii.Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

d.Keutamaan kepada calon yang fasih bertutur dan mahir menulis dalam Bahasa Mandarin. Kebolehan bertutur dalam dialek Kantonis, Hokkien dan Hakka adalah satu kelebihan.

e. Mempunyai kemahiran berkomunikasi.

f. Mempunyai pengetahuan dalam pengendalian dan perisian komputer seperti Microsoft Word, Microsoft Excel dan Microsoft PowerPoint dengan baik.

g. Mampu bekerja di bawah tekanan serta penyeliaan yang minimum.

3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.

4. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab :

    1. Melaksanakan tugas-tugas berkaitan promosi pelancongan yang ditetapkan oleh LPPM;
    2. Membantu mendapatkan maklumat risikan pasaran;
    3. Menganalisis dan melaksanakan penyebaran maklumat mengenai produk pelancongan Malaysia yang tepat dan terkini di pasaran seliaan bagi mendorong pelancong di pasaran seliaan untuk memilih Malaysia sebagai destinasi pilihan;
    4. Menyediakan kertas kerja dan laporan prestasi aktiviti/projek secara berkala; dan
    5. Menjalankan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh Pengarah dari semasa ke semasa.


5. ARAHAN DAN CARA MEMOHON

(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut :

https://www.tourism.gov.my/pdf/uploads/borang.pdf

(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Perancangan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Perancangan)

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

(d) Bagi pemegang Diploma daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA). Pemohon boleh melayari laman web http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 7 Disember 2020 (Isnin) sebelum jam 5.30 petang.


6. CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut :

(i) Puan Adibah Mohd Basri - adibah@tourism.gov.my

(ii) Cik Siti Salwah Othman - sitisalwah@tourism.gov.my

(iii) Puan Nor’Azila Roselan - norazila@tourism.gov.my


******SEKIAN, TERIMA KASIH ******

Copyright © 2018 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use