Work With Us

JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT19) - PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

SISTEM MAKLUMAT

RM54.00 sehari

PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

2020-02-28

IBU PEJABAT, TOURISM MALAYSIA, PUTRAJAYA

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:


1. JAWATAN : JURUTEKNIK KOMPUTER (GRED FT19)

TARAF JAWATAN : PEKERJA SAMBILAN HARIAN (PSH)

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Sistem Maklumat

SKIM PERKHIDMATAN : Juruteknik Komputer

KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pelaksana

PENEMPATAN : Ibu Pejabat Tourism Malaysia

KADAR UPAH : RM 54.00 (Ringgit Malaysia Lima Puluh Empat Sahaja) sehari


2. SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

    1. Warganegara Malaysia;
    2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
    3. (i) Sijil Vokasional Malaysia dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan;

(ii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 2 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(iii) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta Sijil Kemahiran Malaysia Tahap 3 dalam bidang berkaitan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.

4. Mahir dalam penyelenggaraan, pembaikan, pemasangan peralatan computer serta kerja-kerja berkaitan teknikal computer.

.

3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. DESKRIPSI TUGAS

a) Membantu kerja-kerja penyelenggaraan dan pemasangan computer serta peningkatan keupayaan komputer;

b) Membantu kerja-kerja berkaitan pemasangan kabel dan rangkaian; dan

c) Memberi bantuan teknikal bagi program-program Tourism Malaysia.


5. ARAHAN DAN CARA MEMOHON

(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut :

http://www3.tourism.gov.my/corporate/borang.pdf

(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Pengurusan)

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

(d) Tarikh tutup permohonan ialah pada 28 Februari 2020 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang.


6. CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut :

(i) Puan Adibah Mohd Basri- 03-8891 8962

(ii) Cik Siti Salwah Othman- 03-8891 8908

(iii) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963


******SEKIAN, TERIMA KASIH ******

Copyright © 2018 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use