Work With Us

PENOLONG PENGARAH (GRED E41) - PEREKA GRAFIK

Perkhidmatan Ekonomi (E)

RM2,083.00 (Minimum)

Kontrak

2020-01-20

Ibu Pejabat Tourism Malaysia (Putrajaya)

LEMBAGA PENGGALAKAN PELANCONGAN MALAYSIA

(KEMENTERIAN PELANCONGAN, SENI DAN BUDAYA MALAYSIA)

IKLAN JAWATAN KOSONG

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun dan ke atas pada tarikh iklan ditutup bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:


  1. JAWATAN : PENOLONG PENGARAH (GRED E41) - PEREKA GRAFIK

TARAF JAWATAN : KONTRAK

KLASIFIKASI PERKHIDMATAN : Ekonomi

SKIM PERKHIDMATAN : Pegawai Ehwal Ekonomi

KUMPULAN PERKHIDMATAN : Pengurusan dan Profesional

PENEMPATAN : Ibu Pejabat Tourism Malaysia

GAJI MINIMUM : RM2,083.00

IMBUHAN TETAP KHIDMAT AWAM : RM300.00 sebulan

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN : RM300.00 sebulan

BANTUAN SARA HIDUP :RM300.00 sebulan


2. SYARAT LANTIKAN

Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:

a) Warganegara Malaysia;

b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

c) (i) Ijazah Sarjana Muda dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,083.00);

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kepujian dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.
(Gaji permulaan ialah pada Gred E41 : RM2,286.57).

d) Keutamaan diberikan kepada calon yang mempunyai Ijazah Sarjana Muda Reka Bentuk Grafik / Multimedia / Seni Bina.

e) Mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya 3 tahun dalam bidang reka bentuk grafik / multimedia / seni bina.

f) Berkemahiran mengunakan perisian Adobe Creative Cloud, Adobe Photoshop, Adobe Illustrator, Adobe InDesign dan 3D SketchUp.

g) Mempunyai asas dalam bidang fotografi.

h) Calon hendaklah mengemukakan sekurang-kurangnya satu (1) portfolio kerja kreatif yang pernah dihasilkan.

i) Mempunyai tahap kreativiti yang tinggi dan mampu bekerja di bawah tekanan serta penyeliaan yang minimum.


3. SYARAT KELAYAKAN BAHASA MELAYU

Calon bagi lantikan hendaklah memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya Gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia/Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.


4. DESKRIPSI TUGAS

Bertanggungjawab:

  1. Membantu melaksanakan konsep, rekabentuk dan susun atur risalah.
  2. Membantu memberi cadangan dan menyemak kerja-kerja penerbitan dan percetakan kerja-kerja, termasuk kerja yang dikemukakan oleh agensi – agensi luar.
  3. Pemilihan imej-imej untuk kegunaan penerbitan risalah.
  4. Memberi cadangan semasa sesi pengambaran bagi imej-imej berkaitan penerbitan risalah.
  5. Menyemak proses percetakan.


5. ARAHAN DAN CARA MEMOHON

(a) (i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati melalui link berikut ;

http://www3.tourism.gov.my/corporate/borang_pereka_grafik.pdf

(ii) Sila print dan lengkapkan maklumat. Borang yang telah lengkap maklumat hendaklah dikemukakan ke Unit Pengurusan, Bahagian Sumber Manusia sebelum tarikh tutup permohonan.

(iii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dimohon.

(iv) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut :

Tourism Malaysia
Bahagian Sumber Manusia
Aras 9, No.2, Menara 1
Jalan P5/6, Presint 5
62200 PUTRAJAYA
(U.P. Unit Pengurusan)

(v) Bagi calon dalaman, pemohon dikehendaki mengemukakan ulasan Pegawai Penyelia (berdasarkan LNPT) dengan sokongan Pengarah Bahagian berdasarkan format yang diberikan. Ulasan & sokongan ini hendaklah dimasukkan di dalam sampul surat berukuran 4½ x 9¾ (sampul surat tidak bertingkap) dan dilakri serta dikepil menggunakan dawai kokot (stapler) di borang permohonan.

Sampul surat hendaklah ditulis ULASAN & SOKONGAN. Markah Nilaian Prestasi tidak perlu dikemukakan.

(b) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama-sama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

(c) Gambar yang dikemukakan hendaklah menggunakan gambar passport terkini. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

(d) Bagi pemohon yang sedang berkhidmat dengan jabatan/agensi Kerajaan perlu menghantar permohonan melalui ketua jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’ iaitu mengemukakan salinan terkini Kenyataan Perkhidmatan dan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) bagi tempoh tiga (3) tahun.

(e) Bagi pemegang Ijazah Sarjana Muda daripada Institut Pengajian Tinggi Swasta/Luar Negara, perlu mengemukakan sesalinan pengiktirafan dari Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA).
Pemohon boleh melayari laman web
http://www2.mqa.gov.my/esisraf/

(f) Tarikh tutup permohonan ialah pada 20 Januari 2020 (Isnin) sebelum jam 5.30 petang.


6. CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

(i) Puan Adibah Mohd Basri - 03-8891 8962

(ii) Cik Siti Salwah Othman - 03-8891 8908

(iii) Puan Nor’Azila Roselan - 03-8891 8963



****** SEKIAN, TERIMA KASIH ******

Copyright © 2018 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use