Work With Us

PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT (F41)

Perkhidmatan Sistem Maklumat

RM2,146.00 – RM8,718.00

Tetap

2016-02-05

Ibu Pejabat

SYARAT LANTIKAN

1. Calon-calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-

(a) Warganegara Malaysia;

(b) Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;

(c) (i) Ijazah Sarjana Muda kepujian dalam bidang sains komputer

atau teknologi maklumat yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan: RM2,146.00) atau

(ii) Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya; atau

(Gaji permulaan: RM2,353.44) atau

(iii) Ijazah sarjana dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan: RM2,664.78) atau

(iv) Ijazah Doktor Falsafah (Ph.D) dalam bidang sains komputer, teknologi maklumat atau kejuruteraan komputer yang diiktiraf oleh kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya;

(Gaji permulaan: RM2,976.11)

dan (d) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.


SYARAT PENINGKATAN SECARA LANTIKAN (PSL)

2. Pegawai sedang berkhidmat dalam perkhidmatan Penolong Pegawai Teknologi Maklumat adalah layak dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melantik berkenaan untuk PSL ke jawatan Pegawai Teknologi Maklumat Gred F41, tertakluk kepada kekosongan jawatan, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;-

(a) (i) Mempunyai kelayakan di perenggan 1(c) di atas; atau

(ii) Lulus Peperiksaan Khas; dan

(b) Berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.


CARA MEMOHON

i) Permohonan hendaklah menggunakan Borang LPPM-1 yang boleh didapati daripada Bahagian Sumber Manusia, Lembaga Penggalakan Pelancongan Malaysia.

ii) Borang permohonan yang lengkap hendaklah dihantar dalam sampul surat berukuran 23cm x 32cm dan disudut sebelah kiri sampul surat hendaklah ditulis nama jawatan yang dipohon.

iii) Borang permohonan hendaklah dikemukakan kepada alamat berikut:

Tourism Malaysia

Bahagian Sumber Manusia

Aras 9, No.2, Menara 1,

Jalan P5/6, Presint 5,

62200 PUTRAJAYA.

(u.p. Unit Pengurusan Sumber Manusia)

iv) Pemohon perlu menyertakan dokumen-dokumen yang lengkap dan diakui sah benar oleh pegawai dari Kumpulan Pengurusan & Profesional berdasarkan senarai semak yang dikemukakan bersama borang permohonan. Dokumen hendaklah mengikut susunan di dalam senarai semak berkenaan.

v) Gambar yang dikemukakan hendaklah berukuran saiz gambar pasport. Selain daripada gambar pasport tidak dibenarkan.

vi) Pegawai yang sedang berkhidmat hendaklah menghantar permohonan melalui ketua Jabatan masing-masing mengikut Perintah Am, Bab ‘A’.

vii) Tarikh tutup permohonan ialah pada 5 Februari 2016 (Jumaat) sebelum jam 5.30 petang. Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.

CATATAN AM

(a) Sebarang permohonan yang tidak lengkap atau lewat tidak akan dipertimbangkan dan akan dianggap tidak berjaya.

(b) Calon yang berjaya melepasi tapisan kelayakan akan dimaklumkan secara rasmi melalui surat untuk panggilan sesi temu duga.

(c) Sekiranya pemohon tidak menerima sebarang maklum balas dalam tempoh tiga (3) hingga enam (6) bulan selepas daripada tarikh iklan ditutup, permohonan tuan/puan adalah tidak berjaya.

(d) Sebarang pertanyaan boleh menghubungi pegawai berikut:

      • Encik Kamarudin Idris - 03-8891 8908
      • Encik Mohd Zaini Samsuddin - 03-8891 8921

Copyright © 2018 Malaysia Tourism Promotion Board (MTPB). All Rights Reserved. View Our Terms of Use