BAHASA: EN | BM
Home Search

Rabu 10 Feb, 2010
Penginapan
Senarai Acara
E-Brosur
Ejen Pelancongan
Panduan Pelancongan
Terokai Malaysia
Peta Malaysia
 
click to read more
Rumah Di Negara Orang
Sekumpulan remaja dari Eropah menyertai program Pertukaran Asia-Eropah, yang membawa pelajar dari Eropah untuk mengenali Malaysia. Mereka menyertadi dua program homestay yang berbeza, dan memberikan mereka pengalaman yang luar biasa di negara ini.

 

Paparan Video
Lihat Semua Pengalaman
Click to find out more
Destinations
Negeri / Kuala Lumpur / Taman Tasik Perdana 
 
Taman Tasik Perdana

Taman Tasik Perdana yang lebih dikenali sebagai 'Lake Gardens' merupakan taman yang tertua dan paling popular di Kuala Lumpur. Ianya terletak di pinggir bandar raya Kuala Lumpur dan merupakan tempat di mana warga Inggeris dahulu mendirikan rumah-rumah kediaman mereka.

Landskap semulajadinya dengan tanah yang beralun dan laluan pejalan kaki yang cantik menyediakan destinasi riadah untuk warga kota. Tarikan utama taman ini ialah tasiknya yang dikelilingi pokok-pokok yang segar menghijau, membentuk kawasan taman yang seluas 92 hektar (227 ekar) yang mempunyai suasana nyaman.

Terokai kawasan tertutup di Taman Burung dan Taman Rama-Rama yang berdekatan atau nikmati keindahan di Taman Rusa dan Taman Orkid, yang boleh dikunjungi dengan berjalan kaki atau menaiki bas yang berulang-alik di kawasan ini.

Dari taman-taman ini, anda juga boleh melawat tarikan berdekatan seperti Tugu Negara, Planetarium dan Muzium Kesenian Islam Antarabangsa.

Tips
Carcosa Seri Negara terletak di perkarangan Taman Tasik Perdana. Di sini, anda boleh menikmati hidangan teh dan roti scone yang segar di beranda pada waktu petang yang nyaman.
 
Top
Pengangkutan
Teksi
Pintu masuk ke Taman Tasik Perdana terletak di sepanjang Jalan Parlimen dan di belakang Masjid Negara.

Top
Talian Untuk Dihubungi
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Pusat Penerangan Pelancongan Kuala Lumpur di talian : +603-2615 8188 Talian Infoline Pelancongan : 1-300-88-5776
Top
Penginapan
Kuala Lumpur menawarkan pelbagai pilihan tempat penginapan dari asrama pengembara yang ringkas hingga ke hotel mewah bertaraf 5-bintang.

Untuk menempah pakej percutian, klik sini

Top
Mengenai Taman Tasik Perdana
Tips
Pengangkutan
Talian Untuk Dihubungi
Penginapan
Tarikan di Kuala Lumpur
click for more info Royal Selangor - Pewter yang dihasilkan di Malaysia terkenal di seluruh dunia kerana seni pembuatannya yang halus dan bertaraf antarabangsa.
click for more info Pustaka Peringatan P.Ramlee - P. Ramlee adalah artis kesayangan Malaysia dan hasil seninya masih diingati sampai ke hari ini.
click for more info Jalan Petaling (Petaling Street) - Jalan Petaling terletak di tengah-tengah kawasan 'Chinatown' merupakan destinasi terhebat untuk tawar-menawar harga dan mendapatkan barangan yang murah.
tarikan seterusnya >>
Penginapan di Kuala Lumpur
Concorde Hotel Kuala Lumpur
Best Western Premier Seri Pacific Kuala Lumpur  - Best Western Premier Seri Pacific Kuala Lumpur, strategically located 10 minutes away from the “Golden Triangle” known to be Kuala Lumpur’s business district where you will also find a number of prestigious shopping and entertainment complexes. As one of the finest hotels in Kuala Lumpur, the hotel provides unrivalled business services and restaurants with an exquisite dining experience for the culinary connoisseur.
Dynasty Hotel
penginapan seterusnya >>
Agensi Pelancongan
Acara di Kuala Lumpur
 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Pertanyaan | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia   Virtual Malaysia
 
Hakcipta © 2009. Semua Hakcipta Terpelihara Tourism Malaysia, | Talian Info Tourism - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY