Martin Gascoigne dari United Kingdom telah beberapa kali melancong ke Malaysia dan negara lain di sekitar rantau ini sejak beberapa tahun yang lalu. Dia melawat Malaysia berulang kali kerana baginya kombinasi kebudayaan dan persekitaran yang beraneka jenis di sini tidak pernah gagal menghasilkan percutian yang hebat dan mengagumkan. Beliau bangga dengan pengalamannya meneroka ke destinasi-destinasi di Malaysia yang tidak banyak diketahui oleh pelancong biasa. Hobinya ialah menikmati hidangan yang lazat dan melibatkan diri dalam "… segala perkara yang berkaitan dengan masakan."
Gerakkan penunjuk ke negeri dan destinasi tarikan bagi paparan ringkas.
Klik untuk maklumat lanjut.
Suasana Pulau Di tengah-tengah Asia, wujud pulau-pulau yang terindah di dunia. Air laut yang jernih seindah senyuman mesra dan minuman sejuk yang dihulurkan. Haruman bunga melur, pepohon kelapa dan laut biru menggamit jiwa. Nikmati sukan air yang menyeronokkan, kagumi ketabahan anak-anak penyu yang membebaskan diri ke lautan luas buat kali pertama, hargai terumbu karang yang indah, atau sekadar bersantai di bawah langit biru.