BAHASA: EN | BM
Home Search

Rabu 10 Feb, 2010
Penginapan
Senarai Acara
E-Brosur
Ejen Pelancongan
Panduan Pelancongan
Terokai Malaysia
Peta Malaysia
Destinations
 
Membeli-belah

Malaysia adalah syurga membeli-belah utama di Asia Tenggara. Rakyat Malaysia gemar membeli-belah, malah terdapat pelbagai pusat beli-belah, gerai dan banyak lagi di ibu negara, Kuala Lumpur. Jika gemar membeli-belah, datang sewaktu Karnival Malaysia Mega Sale, sekitar Ogos- September sewaktu jualan besar-besaran diadakan.

Carilah pelbagai barangan antik, eksotik, moden, elektronik dan peralatan audio-visual di Malaysia. Terdapat juga pelbagai jenama pakaian antarabangsa dunia dan jenama tempatan yang terkenal di sini.

Terdapat beberapa kawasan bebas cukai yang menawarkan pelbagai pilihan hebat untuk para pengunjung seperti di Pulau Labuan, Langkawi dan beberapa tempat lain di Malaysia.

Terdapat juga kedai bebas cukai di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, di lapangan terbang antarabangsa dan di bandar-bandar. Pelbagai barangan seperti kamera, jam tangan, kosmetik, minyak wangi, alkohol dan bermacam lagi menjadi pilihan pengunjung.

Bagi mereka yang ingin melihat keunikan pasar tradisional, bazaar atau membeli barangan tempatan bolehlah ke pasar malam di kawasan kejiranan terdekat, yang menawarkan pilihan barangan tempatan, buah-buahan, makanan, pakaian dan banyak lagi.

Bagi mereka yang mahukan pengalaman berbelanja dengan tawaran yang menakjubkan, jangan lupa berkunjung ke Malaysia untuk pelbagai pilihan yang menarik!

 
Tips
Jangan lupa untuk tawar-menawar jika berada di pasar tradisional, kawasan bazaar mahupun pasar malam!
 
 
 
 
Pautan 1-10 daripada 34
Suria KLCC
Pelbagai jenis barangan berjenama tempatan dan antarabangsa terdapat di sini. Terdapat juga panggung wayang, salun, restoran dan banyak lagi di pusat membeli-belah Suria KLCC!
Plaza Low Yat
Terdapat peralatan komputer, video, telefon bimbit serta aksesori terkini di Plaza Low Yat.
Bintang Walk
Berjaya Times Square
Pusat membeli-belah terbesar di Malaysia dengan keluasan lebih 3 450 000 square feet, serta mempunyai lebih 1,000 kedai. Terdapat juga taman tema di sini.
Off Bintang Walk
Pavilion Kuala Lumpur
Pavilion Kuala Lumpur, adalah mall terbaru yang terletak di Jalan Bukit Bintang. Ia menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, aksesori, barangan kecantikan serta mempunyai restoran-restoran dan pusat makanan.
Sunway Pyramid
Dibuka pada 1997, Sunway Pyramid senang dikenali kerana senibinanya berinspirasikan piramid di Mesir.
Bukit Bintang Plaza
Salah satu pusat membeli-belah tertua di KL, Bukit Bintang Plaza menawarkan pelbagai jenis barangan. Ia terletak bersebelahan Plaza Sungei Wang.
Central Market
Central Market turut dikenali sebagai Pasar Seni. Ia dibina pada 1888, dan dahulu adalah sebuah pasar basah. Kini, ia menjadi pusat kraf tangan yang unik di tengah-tengah kota.
Petaling Street (Chinatown)
Jangan lupa melawat kawasan membeli-belah ini yang sangat popular untuk mencari barangan seperti pakaian, beg dan banyak lagi. Terdapat juga kedai makanan Cina yang telah berada di sini sejak berpuluh tahun lamanya!
Mid Valley Megamall
Mid Valley Megamall menawarkan pelbagai barangan seperti pakaian, akesori, buku dan banyak lagi. Terdapat juga panggung wayang, selain kedai menjual haiwan peliharaan.
The Gardens at Mid Valley City
Terletak bersebelahan Mid Valley Megamall, dan menawarkan pelbagai barangan berjenama. Gedung utama di sini ialah Robinson dan Isetan.
1 2 3 4  >
 
Laman Korporat | Penafian | Hubungi Kami | Pertanyaan | Aduan | Terma Penggunaan | Peta Laman | RSS  
 
Tourism Malaysia   Virtual Malaysia
 
Hakcipta © 2009. Semua Hakcipta Terpelihara Tourism Malaysia, | Talian Info Tourism - 1300 88 5050
Tingkat 17, Menara Dato' Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, 45, Jln Tun Ismail, 50480 Kuala Lumpur, MY