Papar Peta
Jangan lupa untuk melawat Pulau Perhentian. Terletak 21km dari pantai Terengganu, ia terdiri daripada Pulau Perhentian Besar dan Pulau Perhentian Kecil. Dikelilingi hutan yang bersih, pepohon yang melambai, pasir pantai yang memutih dan air laut yang membiru, Pulau Perhentian menjadi kawasan perlindungan untuk nelayan, burung penghijrah dan sudah tentu mereka yang menghargai keindahan.

Terletak di hujung Taman Marin Pulau Redang, kawasan terumbu karang Pulau Perhentian yang indah mampu menarik minat penyelam dasar laut.

Anda juga boleh membuat perancangan untuk pelayaran ke pulau, dan bot boleh disewa untuk meninjau kawasan sekitar pulau ini. Lawatan ke pulau tropika ini menjadi kemestian bagi mereka yang sukakan sukan luncur angin, belayar, berkayak dan memancing di laut dalam.

Antara dua pulau ini, Pulau Perhentian Kecil lebih digemari oleh 'backpacker'. Di sini, anda akan menemui pelbagai pilihan makanan dan penginapan bajet.

Manakala, Pulau Perhentian Besar, lebih maju dan menawarkan kemudahan yang lebih baik. Namun begitu, terdapat juga chalet, asrama dan tapak perkhemahan di kedua-dua pulau.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Dari Kuala Terengganu, naik teksi atau bas ke pelabuhan memancing Kuala Besut. Ia berada kira-kira 1 jam perjalanan ke utara pekan. Jeti berada di sana.


Menaiki Bot
Naik bot di Kompleks Perikanan ke Pulau Perhentian. Perjalanan menaiki bot ke pulau mengambil masa kira-kira satu jam.

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Terengganu

Telefon: +609 - 630 9433 / 90

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.