Pulau Kapas

Kira-kira 6km dari pantai Marang, terletak Pulau Kapas, sebuah pulau yang terkenal dengan pantainya yang memutih, air laut yang jernih dan lambaian pohon palma.

Pulau Kapas terletak kira-kira 30 minit perjalanan dengan bot biasa atau 10 minit dari jeti Marang menggunakan bot laju, 20 minit ke selatan Kuala Terengganu.

Agak terpencil dari kesibukan tanah besar, pulau ini tempat terbaik untuk mereka yang ingin merehatkan minda.

Pulau kecil ini sebuah pulau yang cantik, sunyi dengan pantai yang bersih; air laut jernih membiru, pepohon kelapa yang melambai dan gua dengan sarang burung layang-layang. Perairannya menjadi habitat kepada ikan, penyu, terumbu karang dan lain-lain.

Jadikan pulau ini destinasi yang harus dilawati terutamanya kepada peminat sukan menyelam dan skuba untuk menikmati keindahan terumbu karang dasar laut, ikan, kerang-kerangan dan penyu.

Persekitaran yang tenang memberi sebab untuk anda berehat. Jika anda ingin lakukan sesuatu, terdapat banyak aktiviti untuk anda cuba.

Buat pilihan anda: menyelam, berenang, snorkel, luncur angin, berkayak, menaiki bot dan memancing.

Pelbagai jenis penginapan tersedia dari chalet bajet hingga mewah dengan penghawa dingin atau kipas.

Panduan Perjalanan

Menaiki bas atau teksi dan bot
Untuk sampai ke pulau, anda juga boleh menaiki bas atau teksi di Kuala Terengganu untuk ke perkampungan nelayan Marang.


Menaiki Bot
Pulau Kapas terletak 30 minit perjalanan menggunakan bot dari Marang.

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi Pejabat Pelancongan Terengganu

Telefon: +609 - 630 9433 / 90

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.