Papar Peta

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah di Shah Alam merupakan salah satu struktur yang paling menakjubkan di negara ini. Bangunan yang dikenali sebagai 'Masjid Biru', ia mempunyai menara tertinggi di dunia. Apabila pelancong menghampiri masjid, kubah biru yang yang sungguh mengagumkan mengalu-alukan mereka.

Hiasan kaligrafi Islam menguasai bahagian tepi sekitar kubah dan dewan solat utama, manakala seni bina ruang dalaman mempamerkan ciri-ciri reka bentuk etnik Melayu. Penapisan cahaya matahari melalui kaca berwarna biru masjid menjadikan suasana kebiruan bahagian dalamnya, menimbulkan rasa aman dan tenang.

Di luar Masjid Biru terdapat Taman Kesenian Islam, sebuah taman dengan landskap indah yang diilhamkan oleh Taman Syurga Al-Quran. Seluas 14 hektar, santuari rohaniah ini menempatkan sembilan buah galeri pameran yang mempamerkan koleksi kesenian Islam seperti kaligrafi, ukiran, lukisan dan seni bina. Kadangkala, pertunjukan kesenian Islam juga diadakan di sini.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta Api atau Teksi
Naik komuter dari KL ke stesen Shah Alam. Dari sana, naik teksi untuk ke Masjid Biru, atau lebih dikenali sebagai Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Sila Hubungi

Info Pelancongan

Telefon: 1300 88 5050
E-mel: enquiries@touraism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.