Papar Peta
Percutian di Sarawak tidak lengkap tanpa lawatan ke rumah panjang yang merupakan tempat tinggal tradisional bagi kebanyakan penduduk pribumi di sini seperti Iban, Bidayuh dan Orang Ulu. Rumah panjang adalah rumah yang dibina sebaris bagi beberapa kediaman yang berasingan di bawah satu bumbung. Tuai rumah (ketua) adalah ketua bagi rumah panjang. Setiap keluarga mempunyai bilik berasingan (ruangan). Aktiviti kemasyarakatan dijalankan di atas ruai (beranda).Pelawat lelaki akan bermalam di beranda manakala pelawat perempuan akan dijemput untuk tinggal di dalam bilik.

Kebiasaannya komuniti rumah panjang memakai pakaian praktikal seperti seluar jean dan T-shirt. Mereka hanya memakai pakaian tradisional ketika perayaan seperti Gawai Dayak atau pesta menuai Iban dan juga ketika majlis perkahwinan. Kumpulan pelancong selalunya dialu-alukan dengan segelas tuak atau air tapai dan tarian selamat datang. Selepas itu, mereka akan melawat rumah panjang dan dihiburkan dengan pelbagai persembahan kebudayaan. Anda juga akan dijemput untuk turut serta menari. Pelawat boleh bermalam di rumah panjang atau di rumah tetamu yang berdekatan.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat dan Sungai dan Sungai
Jarak untuk ke rumah panjang anda bergantung kepada ke mana anda hendak pergi, untuk program biasa, adalah di sekitar Kuching, di mana anda akan dijemput di hotel untuk perjalanan menaiki kereta selama 2 jam ke sebuah jeti di sungai utama. Selepas itu anda akan ke hulu atau hilir sungai menaiki bot panjang untuk satu atau dua jam sebelum sampai ke rumah panjang.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Sarawark

Telefon: +6082-246 575 / 775
E-mel: mtpbkch@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.