Papar Peta

Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok

Masa terbaik untuk melawat 'Orang Liar Borneo' adalah pada pukul 10 pagi dan sekali lagi, pada pukul 2.30 petang apabila primat ini keluar dari hutan untuk mendapatkan makanan harian mereka, pisang dan susu. Anda boleh melihat orang utan diberi makan dari satu platform di pusat ini dan kemudian mereka kembali semula berkeliaran bebas di dalam hutan di mana mereka boleh menjaga diri sendiri.

Selain orang utan, terdapat lebih 200 spesis burung dan pelbagai jenis tumbuhan liar yang boleh dijumpai di dalam hutan simpan seluas 5.666 hektar.

Panduan Perjalanan

Bas
Dari tempat menunggu bas tempatan bersebelahan pasar persiaran Sandakan, naik bas biru yang bertanda (Sepilok Batu 14' (Sepilok - 14th Mile). Perjalanan menaiki bas selama 30 minit akan membawa anda terus ke pusat pemulihan. Bas biasa, yang bertanda 'Batu 14' atau lebih tinggi, akan memberhentikan anda di susur ke Jalan Sepilok. Walau bagaimanapun, anda perlu berjalan sejauh 1.5km untuk sampai ke Pusat Orang Utan. Bas terakhir yang bergerak dari Sepilok ke Sandakan adalah pada pukul 4.30 petang.

Sila Hubungi

Pusat Pelancongan Sabah

Telefon: +6088-248 698/ 211 732
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.