Papar Peta
Pulau Tiga adalah pulau terbesar antara tiga buah pulau yang membentuk Taman Pulau Tiga. Kawasan yang cantik dan persekitaran semulajadi yang tidak tercemar menarik Rangkaian TV CBS dari AS untuk menjadikannya sebagai lokasi utama untuk episod pertama siri program terkenal 'Survivor', dan menggelarnya sebagai 'Pulau Survivor'.

Pulau ini terbentuk hasil letusan beberapa gunung berapi lumpur. Letusan terakhir berlaku pada tahun 1941 dan sejak daripada itu, semua gunung berapi ini kekal tidak aktif.

Beberapa muntahan lumpur gunung berapi yang telah sejuk, yang kaya dengan mineral masih boleh dijumpai berdekatan puncak pulau ini. Ramai yang menganggap bahawa lumpur yang kaya dengan mineral ini bagus untuk kulit, menjadikan mandi lumpur sebagai satu aktiviti wajib.

Bagi pencinta alam semulajadi, terdapat hutan hijau yang subur, serta pantai dengan pasir yang putih bersih dan air jernih yang tidak tercemar untuk dinikmati.

Terumbu karang yang mengelilingi pulau ini adalah rumah bagi banyak spesis ikan dan hidupan marin yang lain. Antara aktiviti yang boleh anda lakukan di sini adalah menyelam, sukan air tidak bermotor, menjelajah, melihat burung dan banyak lagi.

Panduan Perjalanan

Kereta
Dari Kota Kinabalu, pandu sejauh 140km ke arah selatan menuju ke Kuala Penyu di Semenanjung Klias, kemudian naik bot ke pulau.


Bot atau Feri
Pulau ini terletak sejauh 18km dan lebih kurang 45 minit perjalanan menaiki bot. Beberapa ejen pelancongan juga menawarkan pakej pelancongan dan perkhidmatan feri ke pulau itu.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Sabah

Telefon: +6088-248 698/ 211 732
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.