Safari Monkey Tops

Anda boleh menggunakan lebuh raya untuk ke Safari Monkey Tops dengan perjalanan mengambil masa i jam 30 minit. Di sebalik pokok-pokok bakau yang tumbuh di Semenanjung Tanah Lembap Klias, hutan tanah lembap ini kaya dengan tumbuh-tumbuhan dan hidupan liar seperti monyet proboscis, monyet long tail ( macaques), buaya, kelip-kelip dan pelbagai spesis burung.

Bangunan utamanya diperbuat daripada bahan tempatan dan boleh memuatkan 200 orang pengunjung pada satu-satu masa. Kompleks ini menempatkan bar kaunter dan sebuah kedai cenderahati yang menjual pelbagai barangan kraf tempatan.

Ia turut memiliki menara pemerhati setinggi 30 kaki yang membolehkan anda menikmati pemandangan tanah lembap tropika dan hidupan liar di tebing sungai. Kompleks ini mempunyai laluan papan setinggi 500 kaki beratap nipah dan sebuah jeti sungai yang menawarkan pelayaran sungai yang selesa.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Safari ini terletak kita-kira 100 km ke selatan Kota Kinabalu. Anda boleh sampai ke sini melalui lebuh raya dan mengambil masa 1 jam 30 minit untuk sampai ke sini.

Sila Hubungi

Borneo Starcruise Sdn. Bhd.

Telefon: +6088-381 196/ 6087-881 012
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.