Pulau Layang Layang

Pulau Layang Layang menjadi salah sebuah lokasi menyelam terkemuka selepas Pulau Sipadan.

Pantai syurga ini terletak di Laut China Selatan kira-kira 300km ke barat laut Kota Kinabalu, ibu negeri Sabah.

Kawasan pulau yang luas menempatkan resort dengan 90 buah bilik, pangkalan Tentera Laut Malaysia dan koloni penetasan bagi beberapa jenis burung laut yang berhijrah. Topografi terumbu karang terdiri daripada terumbu keras yang banyak di kawasan ini: sesetengah kawasan agak cetek dan boleh dilihat sewaktu air surut tetapi kebanyakannya bermula pada kedalaman 5m di dasar laut.

Antara hidupan laug yang terdapat di 14 tempat menyelam di sini ialah ikan jerung (black-tip sharks, hammerheads), jacks barracudas, bump-head parrotfish, lionfish, belut moray,, penyu, nudibranches, gobies dan ikan ghost pipe.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kapal Terbang
Lokasi terdekat untuk memulakan perjalanan ialah Kota Kinabalu, Sabah, di mana syarikat penerbangan persendirian menerbangkan penumpang ke Pulau Layang Layang. Urusan penerbangan diuruskan oleh Resort Pulau Layang Layang. Anda boleh terbang terus ke Kota Kinabalu dari Tokyo, Taipei, Kaohsiung, Seoul, Hong Kong, Manila, Cebu, Singapura dan Kuala Lumpur.

Sila Hubungi

Pejabat Pelancongan Sabah

Telefon: +6088-248 698/ 211 732
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.