Papar Peta

Taman Tasik Taiping

Anda tidak boleh berkata yang anda telah melawat Taiping tanpa melawat Taman Tasik Taiping. Taman yang dibina di atas lombong bijih timah terbiar ini telah dibuka pada tahun 1880, menjadikan ia sebagai taman awam pertama di Tanah Melayu ketika itu, seperti yang tercatat di buku-buku sejarah.

Pokok besar (“angsana”) membarisi tasik ini; dahannya memanjang dari jalan ke air, yang merupakan latar belakang indah bagi pasangan baru berkahwin mengambil gambar.

Seluas 64 hektar, taman ini memiliki sepuluh tasik dan kolam yang indah, Kolam Teratai, jambatan yang mempesonakan, trek untuk berjoging serta refleksologi, semuanya dikelilingi oleh tanaman tropika, bunga-bungaan, pokok dan hidupan liar. Untuk kanak-kanak, terdapat gelanggang bermain kasut roda, bot kayuh, dan taman permainan untuk memastikan bermain di luar lebih menyeronokkan daripada bermain permainan video terkini.

Struktur warisan budaya memenuhi kehijauan taman ini, termasuk Old Residency, dahulunya merupakan kediaman Setiausaha kepada Residen, Rumah Raja dan kediaman pegawai tentera. Maxwell Hill atau Bukit Larut juga menjadi tempat yang sesuai bagi berjalan di dalam hutan dan berkhemah.

Panduan Perjalanan

Laluan Udara
Lapangan terbang terdekat ialah Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang, kira-kira 90 minit pemanduan dari Taiping. Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berada kira-kira empat jam pemanduan ke selatan melalui Lebuh Raya Utara Selatan.


Laluan Darat
Untuk ke Taiping dari Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), keluar di persimpangan Changkat Jering dan pergi ke jalan Simpang sebelum membelok ke kanan ke arah Taiping. Taman Tasik Taiping mudah dituju melalui Jalan Istana dan Jalan Kelab Baru.


Bas
Taiping dihubungkan dengan baik ke seluruh Semenanjung Malaysia melalui bas ekspres, yang tiba dan bertolak dari stesen bas jarak jauh di Kamunting (6km dari pusat bandar) dan Simpang (7km dari pusat bandar). Bas juga bertolak terus dari Taiping ke Singapura dan Hat Yai di selatan Thailand. Bas yang menghala ke selatan bertolak dari Kamunting dan berhenti di Simpang (Medan Simpang) untuk mengambil penumpang sebelum menuju ke lebuh raya melalui persimpangan Changkat Jering. Tiket bas dijual di kaunter yang terletak di Medan Kamunting dan Medan Simpang.


Menaiki Kereta Api
Keretapi Tanah Melayu (KTM) beroperasi untuk sejumlah bilangan perkhidmatan sepanjang laluan utara-selatan yang berhenti di stesen Taiping.

Sila Hubungi

Perak Tourism Malaysia Office

Alamat:
12, Medan Istana 2, Bandar Ipoh Raya, 30000, Ipoh, Perak, Malaysia

Telefon: +605-255 9962/2772
Faks: +605 253 2194
E-mel: mtpbperak@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.