Papar Peta
Sam Poh Tong adalah sebuah gua tokong yang terkenal terletak Gunung Rapat, kira-kira 5 km ke selatan Ipoh. Ia dikatakan sebagai gua tokong terbesar di negara ini, dan memperlihatkan kerja seni yang mengkagumkan dengan patung-patung buddha yang diselangi dengan batu-batu stalaktit dan stalagmit.

Menurut lagenda, gua itu ditemui pada tahun 1890 oleh seorang sami dari China yang lalu melewati Ipoh; beliau memutuskan untuk tinggal di situ dan menjadikanya tempat bertapa. Beliau kekal di sana selama 20 tahun sehingga kematiannya. Sehingga hari ini, sami-sami yang mengabdikan diri kepada Buddha masih lagi menduduki Tokong Sam Poh Tong.

Bahagian depan tokong itu dibina pada tahun 1950 dan menaiki tangga curam sebanyak 246 anak tangga akan membawa anda ke gua terbuka dengan pemandangan indah Ipoh dan sekitarnya. Lain-lain tarikan di tokong itu termasuklah sebuah kolam berciri tradisi Jepun yang penuh dengan ikan kap Jepun dan kura-kura, yang merupakan simbol umur yang panjang.

Di dalam tokong, pengunjung boleh menemui karya-karya seni manusia dan alam semulajadi - ukiran indah patung-Buddha yang pelbagai bentuk duduk di tengah-tengah stalaktik dan stalagmit.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Ia terletak di Gunung Rapat, hanya 5km ke selatan Ipoh.

Sila Hubungi

Tourism Malaysia State Office

Telefon : +605-255 2772/9962
E-mel : mtpbperak@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.