Papar Peta

Tarikan Berdekatan

Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula

Hutan Paya Bakau Matang adalah ekosistem paya bakau terbesar di Semenanjung Malaysia. Ekologi yang menjadi habitat bakau merentasi sepanjang kawasan berlumpur pantai barat di utara Perak sejauh hampir 50km ditambah pula sejauh 40km garisan pantai bagi sistem sungai yang terlindung dalam lingkungan 5 rizab muara sungai.

Semasa musim penghijrahan di antara bulan Ogos dan April setiap tahun, dianggarkan lebih daripada 200,000 burung-burung hijrah yang terdiri daripada kira-kira 50 spesies akan singgah di sini.

Terdapat juga pusat pelawat yang serba lengkap dan bermaklumat di mana anda boleh mendapatkan program pendidikan yang terperinci serta paparan yang memfokuskan tentang kepentingan melindungi dan memelihara ekosistem paya bakau serta sejumlah besar spesies burung-burung yang menetap disini dan juga burung-burung hijrah.

Pusat Pemuliharaan Burung Kuala Gula telah memenangi anugerah bagi kategori "Tarikan Perlancongan Terbaik (Tarikan Alam Semula Jadi)" di Anugerah Pelancongan Malaysia, sebuah anugerah berprestij yang disampaikan kepada agensi dan pertubuhan yang menyumbang kepada pembangunan industri perlancongan di Malaysia.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Walaupun pusat pemuliharaan burung ini terletak di negeri Perak, ia sebenarnya lebih mudah untuk sampai ke sini melalui Butterworth (Pulau Pinang). Dari Butterworth (Pulau Pinang) menuju ke arah selatan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan selama kira-kira 30 minit, kemudian keluar ke Jawi untuk menuju ke pekan Kuala Kurau. Perjalanan selama 30 minit, dan anda akan melihat papan tanda menuju ke pusat pemuliharaan burung.

Sila Hubungi

Pn. Haliza, Chairperson of the Kuala Gula Eco-tourism Committee

Telefon: +605-807 0842

En. Jalani bin Din, The Village Head

Telefon: +605-890 5481

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.