Papar Peta

Gua Teluk Kelawar, Lenggong

Gua teluk Kelawar terletak dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5° 07.44’ utara dan longitud 100° 58.60’ timur, dengan ketinggian 76 meter di atas aras laut. Tapak ini telah mula dijalankan kajian oleh USM sejak 1990. Hasil Kajian mendedahkan tapak Gua Teluk Kelawar telah digunakan daripada sekitar 11,000 hingga 6,000 tahun dahulu. Kebanyakkan artifak yang ditemui ialah alat batu unifas dan bifas, serta sisa makanan seperti siput sedut sungai Brotia Costula dan Brotia spinosa, dan bukti fauna lain seperti babi hutan, kijang, pelanduk dan rusa. Bukti fauna ini menunjukkan bahawa rupa bentuk sekitaran pada masa tersebut adalah sama seperti yang kita lihat sekarang, iaitu dalam hutan hujan tropika. Kajian juga menemui satu rangka manusia ( GTK 1 ) yang bertarikh sekitar 8,000 tahun dahulu. Rangka ini telah dikebumikan dalam keadaan terlipat bersama alat batu unifas dan bifas serta sisa makanan. Pengkebumian ini menunjukkan bahawa zaman Paleolitik di Malaysia berterusan sehingga awal holosen, sebelum mereka boleh menghasilkan tembikar. Selain bukti arkeologi, Gua teluk Kelawar mendedahkan bentuk pelindung batuan yang sering ditemui di formasi batu kapur Malaysia.

Gua Teluk Kelawar terletak di Bukit Kepala Gajah, kira-kira 1 km dari pekan Lenggong, Perak. Kajian arkeologi di Gua Teluk Kelawar oleh Pusat Penyelidikan Arkeologi Malaysia telah dimulakan semenjak 1990 hingga kini. Pelindung gua batu kapur ini telah digunakan oleh manusia seawal 10,000 tahun dahulu sebagai kem persinggahan. Ekskavasi arkeologi di Gua Teluk Kelawar telah menemui banyak alat batu, sisa-sisa makanan yang terdiri daripada tulang haiwan, cengkerang dan kepingan tembikar.

Alat batu yang ditemui termasuk alat pebel unifas dan bifas, batu pemukul, batu pelandas, batu teras dan sisa serpihan. Alat-alat batu ini mempunyai persamaan teknologi penghasilan dengan alat batu Kota Tampan dan Gua Gunung Runtuh. Ekskavasi arkeologi di Gua Teluk Kelawar juga menemui serpihan tembikar bertanda tali yang awal, sekitar 6,000 tahun dahulu. Sisa-sisa fauna tulang dan cengkerang yang dikenalpasti termasuk cengekerang sungai jenis spesis Brotia costula dan Brotia spinosa dan haiwan seperti monyet (Macaca sp.), kijang (Muntiacus munjak), babi hutan (Sus sp.), dan reptilia.

Satu rangka manusia berusia 8000 tahun yang digelar Perak Woman telah dijumpai di Gua Teluk Kelawar pada tahun 2004. Perak Woman mempunyai ketinggian 148sm dan dipercayai berumur 40 tahun ketika dikebumikan.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Tapak ini terletak di dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah

Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455

Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.