Papar Peta
Gua Puteri terletak dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitude 5° 07.56’ utara dan longitud 100° 58.80’ timur, dengan ketinggian 94 meter di atas aras laut. Gua ini mendedahkan struktur formasi gua yang menarik. Terdapat pelbagai bentuk stalaktit dan stalagmit yang pernah direkodkan seperti bentuk peta Malaysia, katak, orang bersanding, kepala gajah, kelambu dan sebagainya sehingga timbul cerita kononnya akibat terkena sumpahan Sang Kelembai. Sebenarnya ia adalah proses semulajadi stalaktit dan stalagmit mengikut peluang dan ruang yang ada semasa pembentukkannya.

Gua Puteri merupakan terowong semulajadi di dalam formasi Bukit Kepala Gajah. Lukisan gua oleh puak Negrito dijumpai disini tetapi bukannya pra-sejarah kerana berusia kira-kira 100 tahun. Tiada sebarang penemuan arkeologi ditemui disini tetapi gua ini terkenal dengan lagendanya. Dua stalagmit disini dipercayai merupakan puteri dan putera penjaga gua. Orang tempatan mengatakan jika stalagmit ini dipanjat, mereka akan jatuh sakit. Sehingga kini, pelbagai formasi batu boleh dijumpai di dalam gua puteri antaranya pasangan pengantin yang dipercayai disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai dan juga katak.

Gua ini antara gua yang paling kerap dikunjungi oleh pelancong di Lenggong. Gua ini boleh dikunjungi dengan mudah melalui platform yang disediakan oleh Jabatan Warisan Negara.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Tapak ini terletak di dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah

Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455

Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.