Papar Peta
Gua Ngaum terletak dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitude 5° 07.46’ utara dan longitude 100° 58.72’ timur, dengan ketinggian 89 meter di atas aras laut. Gua ini telah ditemui oleh USM pada tahun 1990, dan dinamakan ‘ngaum’ kerana semasa penemuan gua ini telah keluar seekor harimau kumbang yang mengaum daripada mulut gua. Kajian arkeologi di gua ini telah mendedahkan bukti ia digunakan pada sekitar 7,000 – 6,000 tahun dahulu dalam bentuk sisa makanan, alat batu dan juga pecahan tembikar.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Tapak ini terletak di dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah

Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455

Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.