Papar Peta
Gua Kajang terletak dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala gajah. Gua ini berada pada kedudukan latitud 5° 07.57’ utara dan longitud 100° 58.87’ timur, dengan ketinggian 76 meter di atas aras laut. Pada masa ini, sebahagian besar lantai gua telah termusnah akibat aktiviti pengambilan baja guano dan banyak dinding gua yang diconteng dengan lukisan baru. Gua ini adalah gua yang pertama dijalankan ekskavasi di negara ini, iaitu pada tahun 1917 oleh evans.

Kajian pertama ini menemui pecahan tembikar, alat batu, sisa makanan dan juga tinggalan rangka manusia. Kajian lanjutan oleh USM telah menemui bukti Gua Kajang telah digunakan sejak 11,000 hingga 5,000 tahun dahulu. Gua ini mendedahkan dihuni dan dijadikan kawasan pengkebumian yang melibatkan dua budaya iaitu Paleolitik dan Neolitik. Pengkebumian paleolitik mendedahkan rangka manusia ( GK 1 ) yang bertarikh 10,820 +/- 60 BP, dikebumikan dalam keadaan terlipat bersama kiriman pengkebumian sisa makanan, alat batu unifas dan bifas.

Pada perbezaan 20cm kedalaman, pada jarak satu meter ke tenggara GK 1, ditemui pengkebumian Neolitik ( GK 2 ) yang bertarikh 7,890 +/- 80 BP, dikebumikan dalam keadaan memanjang bersama sisa makanan, alat batu dan tembikar. Data ini mendedahkan dua perkara penting, iaitu (1) merupakan usia tertua tembikar negara, dan (2) berlaku keterusan budaya paleolitik sehingga awal Holosen, sebelum muncul Neolitik yang dicirikan oleh tembikar. Selain bukti arkeologi, Gua kajang juga mendedahkan formasi gua yang menarik, berbentuk terowong dan banyak stalaktit dan stalagmit.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Tapak ini terletak di dalam kompleks batu kapur Bukit Kepala Gajah.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah

Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455

Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.