Papar Peta
Gua Gunung Runtuh terletak di Bukit Kepala Gajah, satu daripada 8 bukit batukapur yang terdapat di Lembah Lenggong. Ekskavasi bermula sekitar 1990 (Zuraina; 1994, 2005) telah mendapatkan bukti Paleolitik Akhir dari 13,000-10,000 tahun dahulu. Ini adalah tapak gua tertua di Lembah Lenggong. Gua yang berusia lebih 54 ribu tahun (Mokhtar; 2005) ini mendedahkan banyak bukti alat batu, sisa makanan dan juga satu rangka manusia Paleolitik Akhir. Manusia Perak adalah satu-satunya rangka Paleolitik yang paling lengkap ditemui di negara ini. Adat istiadat pengkebumian, barang kiriman pengkebumian, rupa bentuk, penyakit Manusia Perak ini (Zuraina 2005) telah memberikan gambaran yang jelas tentang masyarakat Paleolitik Pleistosen Akhir Negara.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Tapak arkeologi di Lenggong termasuk Bukit Jawa, Kota Tampan, Gua Gunung Runtuh dan Gua Harimau.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah

Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455

Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.