Bukit Larut

Ia diasaskan pada tahun 1884 oleh William Edward Maxwell, Penolong Residen British Perak. Mencapai ketinggian 1250 meter di atas paras laut, tempat yang paling basah di Malaysia, dengan hujan tahunan yang melebihi 500sm. Suhu udara di sini adalah sekitar 15 darjah celsius pada awal pagi dan lewat petang, mencecah sehingga 10 darjah celsius pada malam hari.

Rumah kebun teh yang terletak di pertengahan jalan ke puncak bukit, suatu masa dahulu adalah pejabat ladang teh. Walau bagaimanapun, setelah daun teh tidak tumbuh dengan baik di sini, pihak British telah memindahkan usaha pertanian mereka ke Tanah Tinggi Cameron, yang menempatkan Ladang Teh Boh sekarang ini. Semua jenis bunga yang terdapat di Malaysia termasuk pokok palma gergasi 'fishtail' yang jarang ditemui dapat hidup segar di sini. Bunga matahari keemasan yang ditanam di sini adalah yang terbesar di negara ini.

Pada hari yang cerah, anda boleh melihat pesisiran pantai semenanjung dan Selat Melaka, menjangkau sehingga ke Pulau Pinang di utara dan Pulau Pangkor di selatan. Pemandangan yang indah dapat dilihat di siang hari, dan kelihatan mempesonakan pada waktu malam. Walau bagaimanapun, pemandangannya sering dikaburi oleh kumpulan awan pada waktu petang, terutamanya dari bulan September hingga ke Disember.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Dari Lebuh Raya Utara-Selatan, ambil jalan keluar ke Taiping. Selepas tol, ikut papan tanda menuju ke Taiping dan dari bandar Taiping teruskan ke arah taman tasik. Terdapat papan tanda yang menunjukkan jalan ke arah Bukit Larut.

Sila Hubungi

Bukit Larut Office

Telefon : +605-807 7241/ 7243

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.