Papar Peta

Bukit Jawa, Lenggong

Bukit Jawa ialah sebuah tapak terbuka yang mendedahkan bukti kebudayaan Paleolitik. Tapak ini pada kedudukan latitude 5˚ 07.72’ uatara dan longitude 100˚ 59.55’ timur, dengan ketinggian 104 meter di atas aras laut. Tapak ini telah ditemui oleh USM dan dijalankan kajian pada 1996.

Tapak ini telah ditemui oleh USM dan dijalankan kajian pada 1996. Tapak Bukit Jawa telah ditemui hasil pemetaan paleoalam tapak Kota Tampan yang mendedahkan semua lokasi yang mempunyai enapan kelikir sungai pada ketinggian melebihi 72 meter di atas aras laut berpontensi digunakan oleh masyarakat prasejarah.

Bukit Jawa mendedahkan bukti lapisan kelikir sungai enapan Sungai Perak kuno yang telah digunakan oleh masyarakat Paleolitik untuk dijadikan tempat membuat alat batu mereka pada sekitar 100,000 – 200, 000 tahun dahulu. Mereka menggunakan batu pelandas, batu teras dan batu pemukul untuk membuat alat pebel dan alat repehan. Aktiviti ini menghasilkan ratusan ribu sisa kerja dalam bentuk ketulan, repehan dan serpihan batuan.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Lenggong terletak di Route 76, yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Baling. Ikut laluan lebuhraya Utara- Selatan (E1) dan ambil susur keluar di Kuala Kangsar (Exit 143). Ambil laluan Route 76 ke arah Baling. Tapak arkeologi di Lenggong termasuk Bukit Jawa, Kota Tampan, Gua Gunung Runtuh dan Gua Harimau.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Tengah

Zuraini bt Zamri
Telefon: +6019-567 2455

Pusat Informasi Pelancongan Hentian R&R Raja Muda Nazrin, Tasik Raban Lenggong
Telefon: +605-7512350

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.