Taman Botani Pulau Pinang

Pokok berusia 100 tahun, bukit berhutan dan bunga teratai yang besar dari lembah Sungai Amazon adalah antara khazanah semulajadi yang terdapat di Taman Botani Pulau Pinang.

Taman yang turut dikenali sebagai Taman Air Terjun kerana terdapat sebuah air terjun berdekatan ini telah dibina oleh pihak British pada tahun 1884 sebagai pusat penyelidikan yang mengkaji kelangsungan komersial tumbuhan indah dari seluruh dunia. Kini, Taman ini bukan hanya menawarkan ketenangan daripada kesibukan kota, tetapi ia juga mengajar pelawat tentang pemuliharaan botani.

Terdapat banyak trek jalan kaki yang anda boleh pilih, membawa anda ke tumbuhan seperti pokok Kelapa Sawit Pinang (Areca catechu, dari mana Pulau Pinang mendapat namanya), dan hidupan liar seperti kera, lotong, tupai dan pelbagai jenis serangga dan rama-rama. Jika anda merancang untuk berkelah: monyet di sana tidak malu-malu untuk berkongsi makanan dengan anda, jadi pastikan anda bersedia.

Festival bunga antarabangsa diadakan di Taman Botani Pulau Pinang pada setiap tahun, bersama beberapa acara lain.

Taman ini dibuka setiap hari dari pukul 5 pagi hingga 8 malam. Lawatan berpemandu juga disediakan untuk pengunjung yang berkumpulan. Masuk adalah percuma.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat /Kereta
Taman ini terletak kira-kira 8km dari pusat bandar. Beberapa tempat letak kereta disediakan di luar pintu masuk Taman.


Menaiki Bas
Bas 10 dari Georgetown akan membawa anda terus ke Taman ini. Bas ini berhenti di kawasan letak kereta di luar pintu masuk Taman.

Sila Hubungi

Penang Botanic Gardens Department

Alamat:
Jalan Kebun Bunga, 10350 Penang, Malaysia

Telefon: +604-227 0428
Faks: +604-228 6075
E-mel: botani@penang.gov.my
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.