Kuil Kuan Yin (Kuil Dewi Belas Kasihan)

Kuil Kuan Yin Temple dibina pada awal tahun 1800s oleh komuniti awal penduduk Cina dan Hokkien. Nama asal kuil ini ialah Kuil Kong Hock Keong (Kuil Kantonis-Hokkien) yang pernah diguna bukan saja untuk tujuan keagamaan tetapi juga untuk majlis-majlis sosial komuniti kaum Cina. Walaubagaimana pun, kuil ini tidak lagi begitu penting selepas Dewan Bandaraya Cina dibina dalam tahun 1880.

Kuil Dewi Kuan Yin ialah kuil pertama dibina di Georgetown, Pulau Penang oleh penduduk Cina ketika itu. Kuil ini memberi penghormatan kepada Kuan Yin, seorang penganut Buddha yang taat. Dia dikatakan telah mencapai tahap Nirvana tetapi memilih untuk tinggal di bumi bagi menyampaikan ajaran dan panduan kepada mereka yang ingin mencapai Nirvana. Bahagian dalam kuil biasanya berbau colok yang dibakar oleh pemuja yang melawat kuil untuk bersembahyang dan meminta panduan dari Kuan Yin.

Kuil ini turut memuja Ma Chor Poh, santo pelaut yang disanjung oleh penduduk Cina yang kebanyakannya mengharungi perjalanan jauh merentasi laut dari Negara China ke Pulau Pinang.

Anda boleh menikmati keindahan tiang-tiang dengan naga terjalin yang diukir dari jed. Ia menampung ketinggian bumbung kuil. Cari patung Kuan Yin, yang terletak di bahagian dalam. Ia memaparkan sebuah patung wanita bertangan 18 dengan wajah tenang.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Kuil ini terletak di Pusat Bandar Georgetown di Jalan Masjid Kapitan Kling (Lebuh Pitt) di antara Lorong Stewart dan Lebuh Farquhar.

Sila Hubungi

Penang Tourist Information Centre

Telefon : +604-264 3494/263 4941
Faks : +604-262 3688
E-mel : mtpbpen@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.