Khoo Kongsi

Sewaktu imigran pertama dari wilayah Hokkien, China tiba di Pulau Pinang, salah satu dari perkara awal yang dirancang ialah membina rumah puak. Kerja-kerja pembinaan bermula dalam tahun 1890 berakhir dengan terbinanya sebuah istana yang menyaingi istana Maharaja China. Menurut cerita, istana yang tersergam indah itu menjadi kemurkaan Tuhan dan pada malam pertama selepas rumah tersebut siap, satu kebakaran telah berlaku dan memusnahkan keseluruhan rumah! Pembinaan rumah puak yang baru bermula dalam tahun 1902.

Salah sebuah dari lima buah rumah puak masih berdiri kukuh di Georgetown, Khoo Kongsi menyerupai sebuah perkampungan puak yang kecil. Menjadi salah sebuah rumah puak terbesar di Pulau Pinang, Khoo Kongsi memaparkan ciri tiang tinggi dan kecil untuk menampung landai, bumbung berjubin merah yang dihiasi ukiran naga, burung phoenix, haiwan mistik dan pelbagai kisah popular dari lagenda Negara China.

Rumah puak turut mempunyai sebuah dewan besar yang dihiasi dengan ukiran gemerlapan dan rumit serta kaya dihiasi tiang-tiang yang dikatakan diukir oleh tukang kayu mahir dari Negara China. Rumah puak lain yang boleh ditemui di Pulau Pinang adalah Cheah Kongsi, Yeah Kongsi, Lim Kongsi dan Tan Kongsi.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Terdapat dua laluan masuk untuk ke Khoo Kongsi. Satu di Jalan Masjid Kapitan Kling (Lebuh Pitt), di antara Jalan Armenian dan Lebuh Aceh. Laluan kedua di Lebuh Pantai, juga di antara Jalan Armenian Street dan Lebuh Aceh.

Sila Hubungi

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati

Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.