Bukit Fraser

Pemandangan indah di tengah-tengah hutan hujan Pahang adalah perkampungan desa kecil Bukit Fraser. Pada ketinggian 1524 meter di atas paras laut, peranginan tanah tinggi ini adalah syurga aktivis alam semula jadi yang menawarkan tumbuhan yang tidak terkira banyaknya, termasuklah berbagai spesis burung dan haiwan.

Tempat ini sangat popular bagi mereka yang berminat dalam kegiatan berasaskan alam semula jadi seperti 'trekking', memerhati burung, menunggang kuda, memancing, dan juga perkhemahan.

Akses ke Bukit Fraser hanya didapati dengan jalan melalui 'The Gap' pada tapak resort. Setelah melalui 'The Gap' dan masuk ke Bukit Fraser, anda akan berasa seolah-olah anda telah kembali ke zaman silam.

Bukit Fraser menyerupai suasana kampung di pedalaman negara Scotland dengan rekaan bangunan Tudor, menghiasi sepanjang landskap. Pekan ini agak kecil, dengan banyak aktiviti yang bertumpu di sini, iaitu di sebuah dataran yang terdapat tarikan menara jam yang cantik. Kebanyakan kemudahan di sini telah ditempatkan di dalam bangunan-bangunan zaman penjajahan Inggeris.

Dianggap sebagai salah satu lokasi terulung di Malaysia untuk memerhati burung, resort bukit ini menjadi tuan rumah bagi acara tahunan memerhati burung peringkat antarabangsa . Pertandingan memerhati burung memerlukan pemerhati berlawan dari segi masa atau tempoh yang diambil peserta dalam mengesan sebanyak mungkin spesis burung yang melalui laluan resort.

Anda boleh menikmati pelbagai aktiviti santai di Bukit Fraser. Termasuklah main permainan golf di Fraser Hill Golf Club atau pergi memancing (hanya untuk menangkap dan melepaskan semula) dan berperahu di Allans' Water, berjalan-jalan di sepanjang kebanyakan taman-taman bunga dan taman-taman yang indah atau rasai kesejukan air di kawasan air terjun Jeriau.

Panduan Perjalanan

Menaiki Keretapi
Terdapat perkhidmatan kereta api komuter dari Kuala Lumpur ke Kuala Kubu Bharu. Dari Kuala Kubu Baru pula, anda boleh mengambil teksi untuk pergi ke Bukit Fraser.

Laluan Darat
Dari Jalan Kuala Kubu Baru , iaitu jalan sehala yang menuju ke bukit. Anda perlu memandu sejauh lapan kilometer mendaki bukit dengan jalan yang berliu-liku, lalu lintas dikawal 06:30-07:00 pagi untuk keselamatan pengunjung.

Bagi yang memandu sendiri ke sini, anda boleh melalui laluan Bentong - Tranum - Tras - Bukit Fraser. Melalui laluan ini, anda akan lihat banyak gerai durian (bermusim) di sepanjang jalan dan boleh merasai sendiri kelazatan Durian Raub yang popular.

Sila Hubungi

Tourism Malaysia Pahang

Alamat:
Lot G01, Bangunan Mahkota Square, Jalan Mahkota, 25000 Kuantan, Pahang

Telefon: +609-517 7111 / 112
Faks: +609-517 7114

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.