Papar Peta
Masjid Kampung Hulu, yang telah dibina pada tahun 1728 semasa penjajahan Belanda, merupakan masjid tertua di negara ini. Gaya senibinanya yang unik adalah gabungan unik seni bina Sumatera, Hindu dan Barat.

Semua struktur asal bangunan yang diperbuat daripada kayu kecuali empat tiang utama dan struktur bumbung telah diganti dengan konkrit. Di dalam kawasan masjid, anda akan menemui kubur Sayyid Abdullah Al-Haddad, seorang guru agama yang terkenal, ramai yang menganggap beliau sebagai ""Wali"" (Saint).

Cara terbaik untuk melihat Masjid Kampung Hulu ialah dengan berjalan kaki sambil mencuci mata di kebanyakan kedai antik yang terdapat di Jonker Street yang berdekatan. Masjid itu terletak hanya di jalan belakang daripada jalan utama yang terkenal itu.

Panduan Perjalanan

Laluan Darat
Anda boleh ke masjid tersebut sama ada dengan menaiki teksi, beca atau bas bandar (No 17) dari perhentian bas utama Melaka.

Sila Hubungi

Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM)

Telefon : +606-282 6526

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.