Papar Peta

Fredrick Hendrick Bastion Archaeological Excavation Site

Setelah Berjaya menakluk Melaka, Portugis telah membina kota bagi mengelak ancaman dari musuh pada ketika itu. Kota yang dibina oleh Portugis dari bahan batu laterit yang diperolehi dari kawasan sekitar mempunyai tembok keliling dan 8 buah bastion (rumah kubu). Bastion-bastion tersbut dibina di penjuru kota dan bahagian-bahagian tembok strategik yang sering menerima ancaman dari luar.

Bastion Fredrick Hendrick merupakan antara daripada 6 buah bastion penuh yang dibina ketika itu. Pihak Belanda telah menambah baik dan memperbaiki lagi bastion-bastion yang sedia ada tinggalan Portugis apabila berjaya mengalahkan Portugis pada tahun 1641. Pihak Belanda masih menerima tentangan luar dan rakyat tempatan dalam usaha merampas kembali Kota Melaka. Penambahan bahagian-bahagian tembok kota akan dapat memperkuatkan lagi pertahanan mereka dari ancaman tersebut. Penambahan tersebut melibatkan pembinaan bastion atau menara kawalan di kawasan yang strategik seperti di Muara Sungai Melaka yang menjadi tumpuan perdagangan dan persinggahan kapal-kapal dari luar.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Perjalanan ke Melaka dari Kuala Lumpur menggunakan lebuh raya Utara - Selatan, hanya memakan masa dua jam. Tapak ini terletak di tengah-tengah bandaraya Melaka di tepian Sungai Melaka. Jika anda menuju ke Jalan Quayside berhadapan Bastion Middleburg, anda akan melihat struktur tersebut.

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Selatan

En.Mat Nasir Bin Baba (Ketua Zon)
Telefon: +06-2866011




Perzim

Tuan Hj.Khamis
Telefon:+06-2826526/+06-2811289



Tourism Information Centre
Telefon: +06-2814803

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.