Papar Peta
Kerja-kerja penyelidikan dan ekskavasi di tapak Taman Muzium Budaya bermula pada pada 1hb Jun hingga 30hb Jun 2010. Tapak ini terletak di Jalan Kota dalam kawasan Taman Muzium Budaya (di hadapan Istana Kesultanan Melayu Melaka). Kawasan ini dipilih adalah bertujuan mengesan jajaran tembok kota menghala ke gerbang Santiago dan jajaran Bastion Hendrieta Lousia berdasarkan lakaran pelan kota yang dibuat oleh Belanda.

Kerja-kerja ekskavasi dilakukan mengikut metodologi arkeologi yang dibuat secara manual dan bersistematik. Ekskavasi yang dijalankan di sini berjaya mendedahkan jajaran pondasi tembok Kota Melaka dari Gerbang Santiago ke Bastion Hendrieta Louisa dan salah satu penjuru pondasi Bastion Hendrieta Louisa.

Selain dari tembok kota banyak juga artifak-artifak lain ditemui di tapak ini terutamanya pecahan porselin Cina (Dinasti Ming dan Ching), stoneware, batu belanda, tembikar tanah, tulang haiwan, bahan besi dan sebagainya. Walau bagaimana pun semua artifak yang ditemui di tapak ini tidak insitu kerana tanah di kawasan ini merupakan tanah tambak semasa era British.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Perjalanan ke Melaka dari Kuala Lumpur menggunakan lebuh raya Utara - Selatan, hanya memakan masa dua jam. Di bandaraya Melaka, tapak ini terletak di Jalan Kota, dalam kawasan Taman Muzium Budaya (di hadapan Istana Kesultanan Melayu Melaka).

Sila Hubungi

Jabatan Warisan Negara Zon Selatan

En.Mat Nasir Bin Baba (Ketua Zon)
Telefon: +06-2866011




Perzim

Tuan Hj.Khamis
Telefon:+06-2826526/+06-2811289



Tourism Information Centre
Telefon: +06-2814803

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.