Papar Peta

Muzium Tekstil Negara

Muzium Tekstil Negara menyimpan pelbagai koleksi pakaian, aksesori dan tekstil. Muzium ini mempunyai empat galeri utama iaitu Galeri Pohon Budi, Galeri Pelangi, Galeri Teluk Berantai dan Galeri Ratna Sari. 

Galeri Pohon Budi mempamerkan asal-usul tekstil dari zaman pra-sejarah serta perkembangan yang dialami. Di sini turut dipamerkan peralatan, bahan dan teknik tradisional pembuatan tekstil. Pertunjukan video memberi pendedahan kepada pengunjung tentang proses penghasilan tekstil antaranya keringkam, songket dan pua kumbu.

Galeri Pelangi mempamerkan koleksi warisan terpilih seperti jenis pakaian yang dipakai oleh masyarakat berbilang kaum di Malaysia. Antaranya termasuk pakaian yang dipakai oleh masyarakat Baba Nyonya dari Melaka, serta pelbagai pakaian dari suku kaum etnik di Sabah dan Sarawak.

Galeri Teluk Berantai mempamerkan kekayaan warisan songket Melayu termasuk koleksi kain tenun, kain berayat, songket tenggarung dan lain-lain lagi.

Galeri Ratna Sari mungkin galeri paling dihiasi dengan pameran barangan kemas dan alat perhiasan peribadi. Antara barang yang dipamerkan ialah anting-anting, pin rambut, gelang tangan, gelang kaki serta aksesori yang dipakai oleh pelbagai etnik di seluruh Malaysia.

Panduan Perjalanan

Transit Aliran Ringan (LRT)
Ambil PUTRA atau LRT STAR dan turun di stesen Masjid Jamek. Muzium ini terletak berdekatan dengan Dataran Merdeka dan melepasi Bangunan Sultan Abdul Samad. Kira-kira 15 minit berjalan kaki dari stesen.

Sila Hubungi

For more information

Telefona: +603-2694 3457/ 3461
Faks: +603-2694 3466
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.