Papar Peta
Antara 10 teater paling canggih di dunia, Istana Budaya adalah teater pertama di Asia yang dilengkapi dengan peralatan pentas yang canggih setanding dengan Royal Albert Hall di London.

Bangunan utamanya berbentuk "sirih junjung" (susunan daun sirih secara tradisional yang digunakan dalam majlis perkahwinan Melayu dan upacara menyambut tetamu), dan dibahagikan mengikut fungsi, berdasarkan rumah Melayu tradisional.

Bahagian dalaman Istana Budaya sangat indah kerana dibina dari marmar Langkawi dan dihias dengan pintu kayu tropika yang memaparkan motif bunga dan daun yang diukir tangan. Kesimpulannya, tempat ini adalah satu hasil seni sendiri.

Di dalam kalendar tahunan terdapat persembahan kebudayaan dan muzikal antarabangsa serta persembahan konsert dan balet. Untuk mengetahui jadual acara, anda boleh menghubungi mereka terlebih dahulu.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta atau Teksi
Istana Budaya (National Theatre) terletak di Jalan Tun Razak, bersebelahan Institut Jantung (dikenali sebagai IJN).

Sila Hubungi

Istana Budaya

Telefon: +603-4026 5555
Faks: +603-4025 5975
E-mel: info@istanabudaya.gov.my
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.