Memorial P. Ramlee

Jika anda bertanya sesiapa saja di Malaysia tentang Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, antara jawapan yang akan diterima ialah senarai filem terkenal beliau. Antaranya ialah Bujang Lapok, Madu Tiga atau kisah lucu Keluarga 69. Allahyarham P. Ramlee artis serba boleh. Beliau seorang pelakon, penyanyi, komposer dan pengarah.

Pelakon hebat ini meninggal dunia pada 29 Mei 1973. Hari ini, rumah yang pernah didiami oleh beliau dipelihara oleh kerajaan Malaysia dan dianggap sebagai warisan kebanggaan negara.

Rumah ini diubah menjadi sebuah memorial bagi mengekalkan memori beliau bersama isteri, pelakon berbakat, Saloma. 

Terdapat koleksi peribadi allahyarham seperti anugerah, gambar, barangan peribadi dan kenangan sepintas lalu kehidupan lelaki yang bermula dari bawah dan mudah mesra dengan sesiapa.

Panduan Perjalanan

Dengan Menaiki Transit Aliran Ringan (LRT) & Teksi
Naiki LRT (Laluan Ampang) dan berhenti di stesen Sentul Timur. Dari sini, naiki teksi ke Memorial P. Ramlee, kurang dari 4km jauhnya.

Sila Hubungi

Pustaka Peringatan P. Ramlee 

Alamat:
22 Jalan Dedap, Taman P Ramlee (formerly Taman Furlong),  Setapak, 53000 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefona: +603-4023 1131
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.