Menara KL

Berdiri megah di atas Bukit Nanas dengan ketinggian 421 meter dan 94 meter di atas paras laut, Menara KL adalah ciri utama bagi bangunan pencakar langit di bandar ini dan mungkin imej yang paling diingati oleh pengunjung ke KL.

Seni binanya memaparkan budaya kesenian Islam, dengan pembinaan tulisan Arab yang terperinci, marmar Islam, gabungan motif bunga dan abstrak Islam dan warna yang menenangkan.

Selain pemandangan yang menarik, Menara KL mempunyai sesuatu untuk mereka yang sukakan alam semulajadi. Kehijauan yang mengelilingi Menara KL adalah Hutan Bukit Nanas - hutan simpan paling tua diwartakan di negara ini.

Ia meliputi kawasan seluas 10.05 hektar dan dianggap paru-paru hijau Kuala Lumpur. Ia mempunyai pelbagai flora dan fauna yang menarik, unik kepada iklam tropika negara ini.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta atau Teksi
Pengunjung boleh menaiki kenderaan sendiri atau menggunakan pengangkutan awam. Jalan utama adalah Jalan Ampang, Jalan Gereja dan Jalan Raja Chulan.


Bas Ulang-alik Percuma
Bas Ulang-alik Percuma

Transit Aliran Ringat (LRT)
Stesen Menara KL adalah di aliran PUTRA LRT (Stesen Dang Wangi)


Monorel
Naik Monorel KL dan berhenti di hentian Bukit Nenas.

Sila Hubungi

Menara Kuala Lumpur Sdn. Bhd.

Telefon: +603-2020 5444
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.