Taman Burung KL

Taman Burung KL terletak di Taman Botani Perdana yang sangat cantik, 10 minit dari bandaraya Kuala Lumpur.

Ia menjadi rumah kepada lebih dari 3,000 burung, 200 spesis burung tempatan dan luar negara. Tarikan utama yang membezakan Taman Burung Kuala Lumpur dari taman burung lain adalah konsep terbang bebas.

Bersiar-siar di dalam taman, dan berpeluang untuk melihat itik Mandarin, burung helang, kenyalang, burung unta dan burung-burung lain.

Lawati Bilik Pengeraman Telur dan Taman Jagaan dan melihat bagaimana telur ayam dieram menggunakan inkubator.

Jangan lupa untuk mengambil gambar dengan pelbagai spesis burung, dan menyertai program memberi makan dan pertunjukan burung setiap hari di dewan terbuka pada pukul 12.30 petang dan 3.30 petang setiap hari.

Panduan Perjalanan

Kereta Api
Melalui Kereta Api Komuter KTM, berhenti di stesen Kereta Api Lama KTM Kuala Lumpur yang terletak berdekatan Masjid Negara. Taman Burung KL hanyalah 5 minit berjalan kaki dari Muzium Negara.


Menaiki Kereta
• Dari Jalan Bangsar, jalan terus ke bulatan Stesen Kereta Api KTM, kemudian belok ke kiri menuju ke Masjid Negara.
• Dari Jalan Mahameru, belok kiri ke dalam Jalan Parlimen. Selepas lampu isyarat, belok ke kanan menuju ke Taman Tasik Kuala Lumpur.


Menaiki Bas
• Naik Bas Rapid KL No. B115 dari Kotaraya ke Jalan Parlimen.
• Perkhidmatan Bas Lawatan Dua Tingkat Hop-On-Hop-Off Double Decker KL: Berhenti di Stesen No.14 di hadapan Pintu Masuk Utama Taman Burung KL. Terdapat bas setiap 30 hingga 45 minit.

Sila Hubungi

Taman Burung & Wonderland Safari Sdn. Bhd.

Telefon: +603-2272 1010
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages
Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.