Aquaria KLCC

Terletak di tengah-tengah kesibukan Segitiga Emas dan dalam jarak berjalan kaki dari Menara Berkembar Petronas, Aquaria KLCC adalah sebuah akuarium hebat yang menempatkan lebih 5,000 pameran hidupan akuatik dan darat di ruang pameran bertingkat di Tingkat Concourse bagi Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

Dari perairan tropika kawasan Asia hingga ke hutan hujan di seluruh dunia, Aquaria KLCC membawa anda menikmati perjalanan menjelajah alam semulajadi hidupan laut yang mengagumkan serta melihat tingkah laku unik haiwan dan binatang merayap di atas air.

Nikmati pengalaman akuatik yang terbaik (tanpa perlu membasahkan kaki anda!) di saat anda mula melangkah masuk ke Aquaria KLCC. Sebuah kajian mengenai aliran air semulajadi dari tanah tinggi ke sungai dan laut dalam disediakan untuk memberi kesedaran dan pendidikan kepada pengunjung mengenai kepentingan air sebagai habitat dan ekosistem.

Antara tarikan di sini termasuklah tangki terowong 90 meter dengan travelator bergerak di mana anda boleh melihat jerung Sand Togers, ikan pari, penyu laut dan hidupan laut yang lain berenang bebas di dalam oseanarium luas, pertunjukan secara langsung oleh penyelam yang memberi makanan kepada hidupan ini pada waktu makan dan peluang yang jarang anda perolehi untuk menyentuh tapak sulaiman dan jerung Bamboo di kawasan kolam Sentuh.

Panduan Perjalanan

Berjalan kaki
Aquaria KLCC terletak di Tingkat Concourse di Pusat Persidangan Kuala Lumpur (KLCC) di pintu masuk Jalan Pinang.

Pintu masuk Barat adalah melalui terowong bawah tanah yang menghubungkan Tingkat Concourse Suria KLCC (bersebelahan Maybank) ke Pusat Persidangan Kuala Lumpur.

Pintu masuk Barat melalui Taman KLCC menuju ke Pusat Persidangan Kuala Lumpur.


Menaiki Bas
• Berhenti di perhentian bas Impiana KLCC dan berjalan kaki dari sana.
• Perkhidmatan Bas Lawatan Dua Tingkat Hop-On-Hop-Off KL: Berhenti di hentian Taman KLCC (Pusat Persidangan KL Sayap Barat).


Menaiki Transit Aliran Ringan (LRT)
Naik PUTRA dan turun di stesen KLCC.


Monorel
Naik Monorel KL dan berhenti di stesen Raja Chulan. Pusat Persidangan KL terletak berhampiran.


Tempat meletak kenderaan
Tempat meletak kenderaan disediakan di kawasan meletak kenderaan luar bersebelahan dan tempat meletak kenderaan bertingkat tertutup di pintu masuk.

Sila Hubungi

Tingkat Concourse, Pusat Persidangan Kuala Lumpur,

Alamat:
Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Malaysia

Telefon: +603-2333 1888
Faks: +603-2380 0069
E-mel: marketing@aquawalk.com
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.