Papar Peta

Pekan Rabu

Pekan Rabu, yang diterjemahkan sebagai “Wednesday Market”, adalah satu tarikan yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan dan pelancong dari luar Kedah. Ia bermula sebagai pasar mingguan yang beroperasi dari pondok beratap nipah, ia telah berkembang menjadi arked bertingkat yang menjual pelbagai jenis makanan tradisional, produk kraftangan dan pakaian.

Salah satu tempat terbaik untuk mendapatkan makanan tradisional Melayu seperti serunding, dodol durian, kuah rojak dan garam belacan. Kompleks membeli-belah ini menjadi kebanggaan masyarakat Melayu di Kedah dalam membantu menggalakkan orang Melayu untuk bergiat aktif dalam perniagaan.

Dibuka dari pukul 8 pagi hingga 9 malam setiap hari. Ia turut dibuka pada hari cuti umum dan musim perayaan.

Panduan Perjalanan

Kereta atau Teksi
Dari Lebuh Utara-Selatan (PLUS), anda boleh mengambil susur keluar Alor Setar Selatan atau Alor Setar Utara dan ikut papan tanda menuju ke Pusat Bandar Alor Setar. Dari sana anda akan melihat papan tanda ke arah Pekan Rabu.

Sila Hubungi

Koperasi Pekan Rabu

Telefon: +604-735 5523/731 3846

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.