Papar Peta
Kajian di Sungai Batu belum menemui relau yang lengkap. Semuanya didapati pecah, yang tinggal hanya bekas bahagian dasar sahaja. Penemuan relau lengkap dengan 'tuyere' di Kampung Gading, Jeniang telah memberikan kemungkinan gambaran rupa bentuk relau di Sungai Batu. Arang dan sedimen terbakar dalam dan keliling relau di Jeniang ini memberikan pentarikhan dari abad ke-4 Masihi (1600 tahun dahulu) -12 Masihi (800 tahun dahulu). Ini menunjukkan pada jarak 40 km antara Sungai Batu dan Jeniang, telah berlangsung industri peleburan besi pada masa yang agak sama. Jarak ini menggambarkan keluasan tamadun berasaskan besi ini mencapai lebih 1000 km persegi.

* Relau tanah liat bersama 'tuyere' yang masih lengkap ditemui di Kampung Gading, Jeniang, sekitar 40km ke timur laut Sungai Batu. Ianya memberikan gambaran kemungkinan bentuk relau di Sungai Batu.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Gunakan lebuh raya Utara –Selatan PLUS. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ikut jalan menuju utara ke Kedah. Jika anda memandu dari Perlis atau Alor Setar, ikut arah ke selatan. Tapak ini berada lebih kurang dari 10 km dari Sungai Petani dan 80 km dari Alor setar. Terletak dalam ladang kelapa sawit berdekatan dengan jalan raya Merbok- Semeling.

Sila Hubungi

Bujang Valley Archaeological Museum

Telefon: +04-457 2005
Faks: +04-457 4635
Layari Laman Web

Jabatan Warisan Negara Zon Utara

Telefon:+04-7353643
Faks:+04-7353649

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.