Papar Peta

Candi Pengkalan Bujang (Site 19, 22 dan 23), Pengkalan Bujang

Candi Pengkalan Bujang dipercayai dibina sekitar abad ke-10 hingga abad ke-14. Pengkalan Bujang merupakan salah satu kawasan pelaburan entrepot. Tapak Pengkalan Bujang telah dikenal pasti oleh Dr. Quaritch Wales dalam tinjauan beliau pada tahun 1936-37.Ekskavasi bermula dari tahun 1974 yang dijalankan oleh Jabatan Muzium dan Antikuti. Manakala dari tahun 1986 hingga 1991, Muzium Arkeologi Lembah Bujang dengan kerjasama pensyarah dan pelajar dari Jabatan Sejarah, Universiti Kebangsaan Malaysia telah menjalankan projek ekskavasi di Kompleks Percandian Pengkalan Bujang, Mukim Bujang, khususnya di tapak 23.

Ekskavasi di kompleks ini telah menemukan enam buah candi di dalam kawasan seluas 3.5 hektar. Ekskavasi ini dilaksanakan untuk mendapatkan data berkaitan kepadatan dan kepelbagaian artifak untuk kajian perbandingan dengan Sungai Mas. Seni bina candi ini berunsur Hindu-Buddha.

Panduan Perjalanan

Melalui Darat
Gunakan lebuh raya Utara –Selatan PLUS. Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, ikut jalan menuju utara ke Kedah. Jika anda memandu dari Perlis atau Alor Setar, ikut arah ke selatan. Ambil susur keluar ke Sungai Petani, kemudian ambil jalan menuju ke Merbok. Apabila tiba di Merbok, ikut papan tanda menunjukkan arah ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.

Melalui Keretapi
Keretapi turut berhenti di Sungai Petani dan Alor Setar. Untuk maklumat lanjut, layari laman web http://www.ktmb.com.my

Sila Hubungi

Bujang Valley Archaeological Museum

Telefon: +04-457 2005
Faks: +04-457 4635
Layari Laman Web

Jabatan Warisan Negara Zon Utara

Telefon:+04-7353643
Faks:+04-7353649

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.