Papar Peta
Terletak di tengah-tengah Alor Setar, menara setinggi 165.5 meter ini merupakan menara telekomunikasi tertinggi di dunia. Ia merupakan mercu tanda terkenal dan moden yang menandakan pembangunan pesat di negeri Kedah.

Restoran Berputar Seri Angkasa yang terletak di tingkat teratas menghidangkan pelbagai hidangan tempatan serta antarabangsa. Dari sini, anda boleh melihat pemandangan menakjubkan Alor Setar dan Butterworth yang berada berdekatan. Pada hari yang cerah, anda juga mungkin dapat melihat negara jiran, Thailand!

Selain daripada menjadi mercu tanda, menara ini juga menjadi menara pemerhati bagi melihat anak bulan yang menandakan permulaan Islam. Dek pemerhatian berada di ketinggian 88 meter dari dasar struktur ini.

Tiket untuk ke dek pemerhatian bernilai RM 6 bagi orang dewasa dan RM 3 bagi kanak-kanak ( harga tertaluk kepada perubahan). Kedai cenderamata di tingkat ini memastikan pemandangan memukau dapat dijadikan buah tangan yang boleh dibawa pulang.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Kuala Lumpur, ikut Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS), tuju ke arah utara menuju Kedah. Keluar di persimpangan Alor Setar memasuki Alor Setar yang terletak hanya 4km sahaja dari persimpangan keluar PLUS. Menara Alor Setar terletak di tengah-tengah pusat bandar Alor Setar, di simpang utama Lebuh Raya Darul Aman dan Istana Bersejarah.


Kereta Api
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menjalankan perkhidmatan kereta api biasa dari Kuala Lumpur ke Alor Setar di Kedah. Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati www.ktmb.com.my atau hubungi KTMB di talian +603-227 47435.

Sila Hubungi

Pejabat Menara Alor Setar

Telefon: +604-720 2234/ 2075


Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.