Papar Peta
Lembah Bujang merupakan kompleks bersejarah yang terletak berdekatan Merbok, Kedah. Dahulunya tapak ini ialah sebuah empayar, Empayar Srivijaya, sebuah kerajaan Melayu purba bertarikh beberapa kurun awal sehingga kurun ke-12, ini merupakan kawasan arkeologi terkaya di Malaysia.

Tahun-tahun berlalu, banyak artifak telah ditemui di Lembah Bujang - celadon, tembikar, perkakas batu, tanah liat , cebisan kaca, manik dan seramik Parsi - bukti yang menandakan Lembah Bujang dahulunya pernah menjadi pusat perdagangan antarabangsa dan entrepot di rantau ini.

Lebih daripada 50 buah kuil purba Hindu atau Buddha, yang dipanggil candi, juga telah ditemui, menambah semangat kerohanian tempat ini. Kuil yang paling terpelihara terletak di Pengkalan Bayang Merbok, juga di mana terletaknya Muzium Arkeologi Lembah Bujang. Muzium ini merupakan muzium arkeologi pertama dibina di Malaysia, di bawah Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Gunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (PLUS). Jika anda memandu dari Kuala Lumpur, pergi ke utara menuju ke Kedah, dan jika anda memandu dari Perlis atau Alor Setar, teruskan perjalanan ke Selatan. Keluar di persimpangan Sungai Petani. Dari persimpangan, ikut arah menuju ke Merbok. Apabila anda sudah tiba di Merbok, cari papan tanda untuk ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang.


Kereta Api
Kereta api berhenti di Sungai Petani dan Alor Setar. Untuk kadar tambang dan masa berlepas, sila lawati www.ktmb.com.my

Sila Hubungi

Pejabat Taman Sejarah Negara Lembah Bujang

Telefon: +604-457 2005

Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.