Papar Peta

Ladang Buaya Teluk Sengat

Di Ladang Buaya Teluk Sengat, En Ng, Pemburu Buaya Malaysia dan penternak buaya generasi ketiga, berani membawa pengunjung melihat reptilia liar ini.

Terdapat lebih daripada 1,000 ekor buaya di ladang ini, termasuk buaya tiada gigi yang berusia 130 tahun yang diwariskan oleh datuknya. Zaman kegemilangannya sudah berlalu, buaya tua ini lebih suka menghabiskan masa lapang berjemur di bawah terik matahari berbanding beraksi di depan pengunjung.

Kebanyakan buaya di sini adalah dari spesis buaya air tawar (Crocodylus Porosus). Apabila anda menjelajah lebih jauh ke dalam ladang ini, anda akan dapat melihat bahawa saiz buaya menjadi semakin besar. En Ng juga membenarkan pengunjung untuk pergi ke tepi air untuk "mengacau" buaya yang akan menjadi satu kenangan gambar yang menarik.

Anda akan mengetahui banyak fakta menarik mengenai buaya, dan membawa pulang cenderamata. Ladang ini dibuka dari pukul 9 pagi hingga 6 petang. Bayaran masuk RM 8 untuk dewasa dan RM 4 untuk kanak-kanak(harga tertakluk kepada perubahan).

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Ladang Buaya Teluk Sengat terletak kira-kira satu jam perjalanan memandu dari Johor Bahru dan 20 minit dari bandar Kota Tinggi.

Sila Hubungi

Untuk maklumat lanjut

Alamat:
Lots 1289 & 1290,  Jalan Sembilan,  Kampung Belading, Teluk Sengat,  81940 Kota Tinggi, Johor, Malaysia 

Telefon: +607-895 5220
Faks: +607-895 5137

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.