Papar Peta
Di atas puncak bukit di bandaraya Johor Bahru, mengadap Selat Johor dan negara jiran, Singapura, berdiri megah masjid Sultan Abu Bakar, salah sebuah masjid lama tercantik di Malaysia.

Pembinaan masjid ini menandakan permulaan proses modenisasi Johor dalam tahun 1892, yang ditauliahkan oleh Bapa Pembangunan Moden, iaitu Almarhum Sultan Abu Bakar. Masjid ini mengambil masa lapan tahun untuk dibina dan siapa sepenuhnya dalam tahun 1900. Masjid ini boleh menampung 2,000 jemaah pada satu-satu masa.

Senibina masjid ini merupakan campuran pelbagai gaya tetapi asasnya diambil dari gaya Victoria. Dikatakan bahawa kubah masjid ini menyerupai menara pemerhati di Britain.

Hari ini, masjid Sultan Abu Bakar tersenarai sebagai monumen bersejarah yang dipelihara oleh Jabatan Muzium dan Antikuiti.

Panduan Perjalanan

Berjalan Kaki atau Menaiki Teksi
Masjid Sultan Abu Bakar terletak di tengah-tengah bandaraya Johor Bahru, di Jalan Sri Blukar (off Jalan Ibrahim).

Sila Hubungi

Pelancongan Malaysia Johor

Alamat :
L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor, Malaysia

Telefon : +607-222 3590/3591
Faks : +607-223 5502 
E-mel : mtpbjhb@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.