Papar Peta

Air Terjun Kota Tinggi

Air terjun ini terletak di kaki Gunung Muntahak. Ia melata ke bawah dengan jarak kira-kira 34 meter dari gunung.

Keindahan semula jadi kawasan ini menyegarkan, dan memberikan ketenangan kepada penduduk bandar. Air sungai yang dingin juga menjadi tempat yang sesuai untuk berenang, juga tempat yang bagus untuk berkelah.

Ia merupakan tempat yang hebat bagi pencinta alam yang selalu memerhatikan burung, dan pelbagai serangga di sekitar kawasan ini. Bagi mereka yang mahu bermalam di sini, mereka boleh memilih untuk menginap di Kota Tinggi Waterfalls Resort.

Panduan Perjalanan

Menaiki Bas
Bas kerap bertolak dari Terminal Bas Larkin Johor Bahru (di Jalan Garuda) ke terminal bas Kota Tinggi di Jalan Niaga Utama.
Hubungi GP Express di talian +607-224 8662.


Menaiki Kereta
Dari Lebuh Raya Utara-Selatan (NSE), keluar di persimpangan Kulai (Pertukaran 252) menghala ke jalan utama menuju Kota Tinggi (Lebuh Raya 94 dan 3).

Air Terjun Kota Tinggi terletak 15km di utara pekan Kota Tinggi. Dari pekan Kota Tinggi, ikut Jalan Lombong dan cari papan tanda menunjukkan arah ke air terjun.

Sila Hubungi

Pelancongan Malaysia Johor

Alamat:
L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor, Malaysia

Telefon: +607-222 3590/3591
Faks: +607-223 5502
E-mel: mtpbjhb@tourism.gov.my

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.