Papar Peta

Pantai Desaru

Pantai Desaru adalah antara yang terbaik di Johor. Ramai pengunjung yang datang kembali bersetuju bahawa pemandangan pantai berpasir putih merupakan daya tarikannya.

Pantai yang bersih, dibarisi dengan pepohon ru sepanjang 25 kilometer. Di sini, pengunjung boleh menikmati aktiviti seperti memancing, berperahu, renang, kembara denai serta aktiviti luar lain yang menyeronokkan.

Ambillah peluang untuk berehat, sambil mendengar deruan ombak dan menikmati tiupan angin.

Pelbagai pilihan hotel, resort dan chalet di kawasan ini, menjadikan penginapan mudah dan selesa.

Panduan Perjalanan

Menaiki Kereta
Dari Johor Bahru, melalui jalan utama Johor Bharu-Kota Tinggi (45km). Dari bandar Mersing, gunakan jalan Mersing-Kota Tinggi. Dari Lebuh Raya Utara-Selatan, keluar di pertukaran Pasir Gudang (Susur Keluar 256). Dari Kota Tinggi, perjalanan sejauh 57km untuk ke Desaru.

Sila Hubungi

Pelancongan Malaysia Johor

Alamat:
L3-26 Aras 3, Bangunan JOTIC, 2 Jalan Ayer Molek, Johor Bahru 80000, Johor, Malaysia

Telefon: +607-222 3590/ 3591
Faks: +607-223 5502
E-mel: mtpbjhb@tourism.gov.my
Layari Laman Web

Recommended Travel Packages
More Packages

Room Rate

Rooms

Penginapan

Disclaimer Tourism Malaysia does not warrant the accuracy, completeness and usefulness of the information provided herein inclusive but not limited to resorts and hotels. The Users shall not be entitled to claim detrimental reliance on any information, products, statements provided or expressed or to claim that there is a duty on the part of Tourism Malaysia to update materials provided here by EXPEDIA.